Friday, December 1, 2017

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1439H


Sudah tiba semula musimnya umat Islam di seluruh dunia menggilap dan memperbaharui rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW. Ini semuanya dizahirkan melalui berbagai acara dan aktiviti sambutan seperti qasidah, daurah, muzakarah, halaqah sirah dan sadaqah.

Benarlah mutiara kata yang sering diulang dan dicanang ketika menyebut kehebatan baginda:

Engkaulah mentari dan engkaulah bulan purnama, engkaulah cahaya di atas cahaya, engkaulah emas yang berharga, engkaulah pelita menyinar dada”. 

Sambutan memperingati Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun adalah menjadi suatu tanggungjawab dan kemestian terhadap umat Islam, sebagai tanda kecintaan dan kemuliaan terhadap Rasulullah SAW yang memiliki akhlak tinggi.


Kemuncak penghormatan dan ketinggian yang dikurniakan Allah kepada Baginda ialah Allah dan para Malaikat mengucapkan selawat kepadanya dalam erti kata Allah merahmati dan memberkati  baginda selama-lamanya dan sesiapa yang berselawat ke atas Nabi SAW, Allah akan membalas ke atasnya 10 kali selawat sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Bin Amru R.Anhuma bahawa nabi SAW bersabda:

Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. (Riwayat Muslim).

Dan firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 56:

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya”.

(al-Ahzab : 56).







Petikan Khutbah Jumaat JAIS 01-12-2017
Klip video YouTube Cincu Merah




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...