Tuesday, January 10, 2017

FAIZ SUBRI - Pemenang FIFA PUSKAS AWARD 2016


Sentuhan magis pemain Pulau Pinang Faiz Subri, 30, terus mencipta sejarah bola sepak Malaysia dan Asia selepas merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland pada 9 Januari 2017.

Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68 peratus).



Jaringan menakjubkan yang membawa kepada kemenangan itu, dilakukan Faiz Subri ketika mengambil sepakan percuma untuk membantu skuad Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari 2016, tahun lepas.

Tahniah Faiz, Malaysia bangga kerana mu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...