Saturday, January 28, 2017

2 MALAM DI BANGKOK

Don Meuang International Airport
Saya berpeluang untuk menghadiri trip lawatan sambil belajar di Bangkok, Thailand pada 23-25 Januari 2017. Saya berangkat ke Bangkok dengan menaiki pesawat dari KLIA2 ke Lapangan Antarabangsa  Don Mueang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Walau pun  sekejap berada di Bangkok, saya sempat melawat beberapa tempat yang menarik. 


KADAR TUKARAN WANG

Ketika ini, kadar tukaran wang adalah 1000 Baht = RM 126.50. Suatu ketika dahulu, saya pernah menukar wang  RM100 boleh dapat wang Thailand lebih kurang 1100 Baht.


KOTA BANGKOK
Permandangan dari Bilik Hotel Hilton
Bangkok adalah ibu negara dan merupakan bandar popular di Thailand. Bandar ini terletak di delta sungai Chao Phrayer di tengah negara Thailand. Bangkok merupakan salah satu bandar di dunia yang sering dilawati oleh pelancong.
Perkhidmatan Tuk Tuk
Bangkok mempunyai pelbagai pemandangan, tarikan dan kehidupan bandar telah menarik minat kepada pelbagai kumpulan pelancong. Bagi pelancong yang minat dengan sejarah dan budaya akan melawat Istana Diraja dan Kuil-kuil serta beberapa muzium. Manakala yang suka berbelanja akan ke tempat-tempat pusat membeli-belah atau plaza-plaza yang menawarkan pelbagai pilihan dan harga. Bandar ini juga terkenal dengan kehidupan malam yang dinamik.


HOTEL HILTON, SUKHUMVIK


Sepanjang berada di Bangkok, saya menginap di Hotel Hilton di daerah Sukhumvit. Hotel yang besar, selesa dan menarik.


ASIATIQUE THE RIVERFRONT


Asiatique The Riverfront terletak di Chareonkrung Soi, adalah Pasar Malam Bangkok yang terbaru, dibuka pada bulan Mei 2012. Asiatique telah berjaya mengabungkan dua daripada pengalaman membeli-belah yang paling popular di bandar: satu pasar malam dan pusat membeli-belah, dengan lebih 1,500 butik dan 40 restoran ditempatkan di bawah satu kompleks yang besar.


Dibuka dari jam 17:00 hingga tengah malam dan tiada masalah untuk menghabiskan waktu malam di sini: bergembira melayari butik dan pakaian, membeli cenderahati, kraftangan dan barang kemas, merasai pelbagai juadah makanan, menikmat hiburan serta pertunjukan dilakukan setiap malam.

Sebenarnya ia lebih daripada pasar malam yang biasa - ia juga boleh dikatakan sebagai sebuah kompleks membeli-belah dan gaya hidup.


THE ROME RESTAURANT


Restoran ini terletak di Phetkasem Road, Nong Khaem, Bangkok. Restoran ini merupakan restoran terbuka yang cantik dan dibuka pada Disember 2015. Seluruh senibina restoran ini direka bertema ala Rome. Restoran ini terletak jauh dari pusat bandar, mengambil masa lebih kurang tiga jam untuk sampai ke sini.


Disini sangat sesuai untuk bergambar terutama di waktu malam dengan sinaran lampu dan keunikan rekabentuknya.

HARD ROCK CAFE


Hard Rock Cafe terletak di Siam Square Soi 7, Pathum Wan. Menikmati muzik secara langsung dan bertenaga bermula jam 9.00 malam hingga jam 1.00 pagi. Sebelum beredar, singgah Rock Shop® untuk cenderamata eksklusif Hard Rock Cafe Bangkok. Tak beli, biasalah harga sangat mahal.

 SELAMAT TINGGAL BANGKOK

Jam 2.25 pm waktu Bangkok, saya berangkat pulang ke Malaysia dan sampai di KLIA2 lebih kurang jam 6.50 pm waktu Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...