Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

2 MALAM DI BANGKOK

Don Meuang International Airport Saya berpeluang untuk menghadiri trip lawatan sambil belajar di Bangkok, Thailand pada 23-25 Januari 2017. Saya berangkat ke Bangkok dengan menaiki pesawat dari KLIA2 ke Lapangan Antarabangsa  Don Mueang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Walau pun  sekejap berada di Bangkok, saya sempat melawat beberapa tempat yang menarik.  KADAR TUKARAN WANG Ketika ini, kadar tukaran wang adalah 1000 Baht = RM 126.50. Suatu ketika dahulu, saya pernah menukar wang  RM100 boleh dapat wang Thailand lebih kurang 1100 Baht. KOTA BANGKOK Permandangan dari Bilik Hotel Hilton Bangkok adalah ibu negara dan merupakan bandar popular di Thailand. Bandar ini terletak di delta sungai Chao Phrayer di tengah negara Thailand. Bangkok merupakan salah satu bandar di dunia yang sering dilawati oleh pelancong. Perkhidmatan Tuk Tuk Bangkok mempunyai pelbagai pemandangan, tarikan dan kehidupan bandar telah menarik minat kepada pelb

FAIZ SUBRI - Pemenang FIFA PUSKAS AWARD 2016

Sentuhan magis pemain Pulau Pinang Faiz Subri, 30, terus mencipta sejarah bola sepak Malaysia dan Asia selepas merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland pada 9 Januari 2017. Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68 peratus). Jaringan menakjubkan yang membawa kepada kemenangan itu, dilakukan Faiz Subri ketika mengambil sepakan percuma untuk membantu skuad Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 16 Februari 2016, tahun lepas. Tahniah Faiz, Malaysia bangga kerana mu.