Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Antara Sebab Kenapa Azam Tak Dapat Dicapai : 1. Kita membuat terlalu banyak azam pada satu-satu masa 2. Kita hanya sekadar menulis tetapi tidak bekerja keras untuk benar-benar mencapainya 3. Kita tidak mulakannya dengan segera, sebaliknya berlengah-lengah SELAMAT TAHUN BARU 2018

DOA TAUBAT NABI ADAM a.s.

Maksud : Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". Surah Al-A'raf, Ayat 23

KENANGAN INDAH DI JPPH

Tanggal 29 Disember 2017 merupakan hari terakhir aku berkhidmat di JPPH. Saya telah berkhidmat di JPPH selama 8 tahun 2 bulan sejak Oktober 2009. Terima kasih kepada semua pengawai dan kakitangan JPPH di atas sokongan, nasihat dan kerjasama yang diberi sepanjang perkhidmatan saya di JPPH terutama kepada staf BTM. Saya juga ingin memohon maaf diatas segala kesilapan dan salah saya semasa di JPPH. Semoga kita dapat berjumpa di lain masa. Saya akan berkhidmat di tempat baru mulai 2 Januari 2018 di INTAN Bukit Kiara. 

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1439H

Sudah tiba semula musimnya umat Islam di seluruh dunia menggilap dan memperbaharui rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW. Ini semuanya dizahirkan melalui berbagai acara dan aktiviti sambutan seperti qasidah, daurah, muzakarah, halaqah sirah dan sadaqah. Benarlah mutiara kata yang sering diulang dan dicanang ketika menyebut kehebatan baginda: “ Engkaulah mentari dan engkaulah bulan purnama, engkaulah cahaya di atas cahaya, engkaulah emas yang berharga, engkaulah pelita menyinar dada ”. Sambutan memperingati Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun adalah menjadi suatu tanggungjawab dan kemestian terhadap umat Islam, sebagai tanda kecintaan dan kemuliaan terhadap Rasulullah SAW yang memiliki akhlak tinggi. Kemuncak penghormatan dan ketinggian yang dikurniakan Allah kepada Baginda ialah Allah dan para Malaikat mengucapkan selawat kepadanya dalam erti kata Allah merahmati dan memberkati  baginda selama-lamanya dan sesiapa yang berselawat ke atas Nabi SAW, Allah akan membalas ke a

SULTAN JOHOR LAWAT LOJI AIR GUNUNG PULAI

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sentiasa menitikberatkan kesejahteraan serta keperluan rakyat Johor. Baginda berkenan mengadakan lawatan mengejut ke Loji Air Gunung Pulai dan turut memeriksa kebersihan persekitarannya pada Sabtu 11 Nov 2017. Tuanku Sultan Johor turut berkenan menerima taklimat mengenai operasi loji air oleh Presiden SAJ Ranhill Sdn Bhd, Tan Sri Hamdan Mohamad. Loji air berkeluasan 52.6 hekhtar itu mempunyai kapasiti 1,220 juta gelen air serta dibina pada tahun 1924, ketika zaman Almarhum Sultan Ibrahim, iaitu moyang kepada Sultan Ibrahim sekarang. Sumber : FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

ZIKIR PAGI

DOA KETIKA TELAH MENCAPAI UMUR 40 TAHUN

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". Surah Al-Ahqaf, ayat 15

TAHNIAH DAN SYABAS KONTIJEN SUKAN SEA MALAYSIA 2017

  Saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas buat kontinjen negara yang telah berjaya meraih 111 pingat emas yang disasarkan dan sekali gus muncul juara keseluruhan Sukan SEA ke-29, temasya sukan dwi tahunan itu.

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Peta Pulau Batam Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersep