Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016

PERJALANAN HAJI 2016 - Menggapai Haji Yang Mabrur

YA ALLAH, KURNIKAN AKU DAN ISTERIKU,  HAJI YANG MABRUR.  AMIN Setiap orang yang pergi berhaji mencita-citakan haji yang mabrur. Hadis Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam : Maksudnya " Dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu ia berkata: Rasulullah Shalallaahu alaihi wasalam ditanya: ‘Amal ibadah apakah yang paling utama?’ Beliau bersabda: ‘Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya’. Dikatakan (kepadanya): ‘Kemudian apa?’ Beliau bersabda: ‘Jihad di jalan Allah’. Dikatakan (kepadanya): ‘Kemudian apa?’ Beliau bersabda: ‘ Haji yang mabrur. ’" (HR. Al-Bukhari dan Muslim, lihat Shahih at-Targhiib wat Tarhiib oleh al-Albani 3/3 hadits No.1093.) 8 TIP HAJI MABRUR   - Haji yang baik   1. Menunaikan Rukun dan Wajib Haji dengan sempurna. 2. Membuat semua amal-amal kebajikan dan perkara-perkara yang baik.  Rujuk  Surah Baqarah, Ayat 177 : (6 perkara) Maksudnya : " Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, teta

JDT JUARA PIALA FA 2016

SYABAS DAN TAHNIAH DARIPADA SAYA 14 Mei 2016. JOHOR Darul Takzim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk membenam PKNS FC 2-1 pada perlawanan akhir Superbest Power Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam. Kemenangan itu sekali gus menyaksikan JDT pulang selaku juara. Dalam perlawanan itu, Safiq Rahim menjaringkan gol penyamaan JDT pada minit ke-16 selepas ketinggalan seawal m-6 menerusi sepakan penalti Gabriel Guerra m-6. Jorge Pereyra Diaz muncul wira Harimau Selatan apabila meledak gol kedua dan gol kemenangan JDT pada minit ke-35.  Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

PESAWAT TERBESAR MENDARAT DI KLIA

14 Mei 2016, kira-kira jam 8.00 pagi, Pesawat pengangkut terbesar dunia, Antonov AN-225 atau 'Mriya' mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Antonov adalah pesawat terbesar di dunia yang dicipta pada tahun 1988 oleh Ukraine ketika di bawah Soviet Union. Pada 2007, pesawat ini pernah mendarat di KLIA dengan membawa lima helikopter untuk Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA).

WAHAI ANAK DENGARLAH ...

Tajuk : Syurga Yang Tidak Dirindui Penceramah : Ustaz Roslan Mohamed  Tarikh : 06 Mei 2016 Wahai anak, dengarlah ...

RESEPI : Peria Katak Masak Lemak Udang

BAHAN-BAHAN 5 biji peria katak ~ belah 2 , buang bijinya dan hiris 1/2 inc, gaul garam ketepikan 8 ekor udang ~ buang kepala kalau nak bunag kulit pun boleh 1 batang serai ~ di titik 1 cawan santan dari 1/2 biji kelapa 5 biji cili padi merah ~ untuk hiasan BAHAN KISAR 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inc halia 10 biji cili padi hijau ~ ikut kepedasan 1 inc kunyit hidup CARA MEMASAK Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum Masukkan udang dan masak, jika kering tambah sedikit airmasukkan santan dan perasakan dengan garam Akhir sekali peria yang kita dan gaul garam di cuci dengan air dan bilas bersih, toskan Masukkan peria yang dah di cuci bersih Masukkan juga cili padi untuk hiasan Biar merenih sekejap tutup api dan hidangkan Kredit : azlitamasammanis.com