Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2016

Soal Jawab HAJI (Soalan 128, 129 dan 130)

Soalan 128 : Selalunya tempat tawaf sesak. Apa kata kalau kita tawaf tengah malam? Orang kurang banyak ketika itu. Jawapan : Kalau musim haji, tempat tawaf biasanya ramai orang. Lebih-lebih lagi apabila kemuncak haji sekitar 9 hingga 10 Zulhijah. Malah, waktu malam pun ramai juga. Apa pun, tidak menjadi masalah untuk siang atau malam , pagi atau petang. Semuanya boleh dilakukan. Sabda Nabi SAW : Maksudnya : " Wahai Bani Abdi Manaf! Janganlah kamu menegah seseorang pun bertawaf di Kaabah dan bersolat pada mana-mana waktu yang dia sukai daripada malam atau siang. " ( Riwayat al-Nasa'i, Kitab Manasik al-Hajj, hadis no. 2924 ). Soalan 129 : Kalau dekat Kaabah sesak, apa kata kalau kita tawaf jauh sedikit. Umpamanya di atas bumbung? Jawapan : Boleh dengan syarat tawaf dalam kawasan Masjidiharam . Soalan 130 : Katanya tawaf macam solat. Kalau sembnag sikit-sikit macam mana? Jawapan : Memanglah tawaf m

Soal Jawab HAJI ( Soalan 125, 126 dan 127)

Soalan 125 : Orang kata kalau dapat solat sunat selepas tawaf di belakang Maqam Nabi Ibrahim a.s., bagus sangat. betulkah? Jawapan : Itulah yang afdalnya. Solat sunat Tawaf selepas selesai tawaf. Tempatnya di belakang Maqam Ibrahim. Cuma susah juga kalau hendak tunggu giliran. Apapun, yang penting tawaf dahulu. Kemudian bersolat sunat dua rakaat. Di mana pun solat sunat tawaf boleh dilakukan. Yang penting dalam Masjidilharam . Soalan 126 : Orang Makkah kena tawaf Quddum jugakah? Jawapan : Ya, sunat baginya, Walau bagaimanapun, kalau kita buat umrah, tidaklah disunatkan tawaf Qudum . Tawaf umrah sahaja sudah memadai. Soalan 127 : Banyak doa yang hendak dibaca setiap kali tawaf. Mana mampu hendak inga? Jawapan : Doa ini amalan yang dituntut . Lebih-lebih lagi semasa tawaf, yang mana ia untuk zikir kepada Allah. Kalau tidak ingat doa setiap pusingan tawaf, bacalah doa mudah. Antaranya Abdullah Ibn Saib r.a. menceritakan bahawa beliau mendengar Nab