Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2016

PERJALANAN HAJI 2016 - Ibadat Haji dan Umrah

YA ALLAH, KURNIAKAN AKU DAN ISTERIKU, HAJI YANG MABRUR.  AMIN IHRAM DAN MIQAT UMRAH HAJI Setelah 8 hari kami berada di Madinah berakhir, kini tiba masanya untuk kami bergerak menuju ke Makkah. Selepas Solat Subuh, kami membuat ziarah wida’ di makam Rasulullah s.a.w sebelum berangkat ke Makkah. Setelah membersihkan diri dan mandi sunat ihram, kami berpakaian ihram (tanpa niat ihram) lalu pergi untuk menaiki bas.  Jarak perjalanan ke Mekah dianggarkan kira-kira 460km dan mengambil masa lebih kurang 8 jam untuk sampai. Kira-kira 11km atau 30 minit perjalanan, kami tiba di Bir Ali yang merupakan Miqat bagi penduduk Madinah yang akan menunaikan Umrah atau Haji. Kami turun ke masjid untuk menunaikan solat sunat dan selepas itu berniat ihram.  Di perjalanan kami singgah untuk Solat Jamak Zohor dan Asar. Kami sampai di hotel penginapan jam lebih kurang 5.00 petang. Hotel penginapan kami di Makkah ialah Hotel Land Premium iaitu jarak lebih kurang 900 meter dari

PERJALANAN HAJI 2016 - Ziarah Kota Makkah

YA ALLAH, KURNIAKAN AKU DAN ISTERIKU, HAJI YANG MABRUR.  AMIN KOTA MAKKAH Kota ini merupakan lembah sempit yang dikelilingi gunung-gunung dengan bangunan ka'bah sebagai pusatnya.  Inilah tanah tempat Allah pertama kali meletakkan bangunan rumah-Nya di bumi, yakni Kaabah. Itulah juga sebagai tempat tumpuan kiblat manusia sejagat.   JABAL THUR Jabal Thur ialah sebuah gunung di Tanah Arab yang terletak di kawasan tanah rendah kira-kira 4 km di bahagian selatan Masjidil Haram, Makkah. Jabal Thur sangat sinonim dengan sebuah gua juga dikenali sebagai Gua Thur. Gua Thur adalah tempat di mana Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. telah bersembunyi ketika dalam perjalanan keluar daripada Makkah untuk berhijrah ke Madinah. JABAL NUR Gua Hira adalah terletak di puncak Jabal Nur yang jaraknya kira-kira 5 kilometer di utara Kota Makkah. Pendakian untuk menuju ke Gua Hira memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat kerana terpaksa melalui lalua

PERJALANAN HAJI 2016 - Ziarah Kota Madinah

YA ALLAH, KURNIAKAN AKU DAN ISTERIKU, HAJI YANG MABRUR.  AMIN KOTA MADINAH Di Madinah kami penginap di hotel Anwar Al Madinah Mövenpick. Hotel ini sangat dekat dengan Masjid Nabawi melalui Pintu No. 15. Madinah Munawarah adalah kota suci kedua yang paling utama untuk dikunjungi umat Islam setelah Makkah. Di kota ini berdiri Masjid Nabawi yang dibangun Rasulullah SAW pada tahun pertama hijrah. Dalam sebuah hadis dijelaskan bahwa solat di masjid ini, lebih baik dari 1000 solat di masjid lainnya selain Masjidil Haram. Pada masa sebelum Islam berkembang, kota Madinah bernama Yatsrib, dikenal sebagai pusat perdagangan. Kemudian ketika Nabi Muhammad SAW hijrah dari Makkah, kota ini diganti namanya menjadi Madinah sebagai pusat perkembangan Islam. Rasulullah menjadikan kota ini sebagai tempat tinggalnya hingga beliau wafat dan dimakamkan di sini. Setiap kaum muslimin yang melaksanakan ibadah umrah dan haji, pasti akan menghadirkan diri untuk berziarah ke k