Sunday, March 20, 2016

MELBOURNE, AUSTRALIA 2016

Sememangnya Australia mempunyai pelbagai tempat percutian menarik dan mengagumkan apatah lagi bagi mereka yang pertama kali berkunjung ke negara kanggaroo ini. Sejarah kolonial asalnya digambarkan dalam kebanyakan mercu tandanya. Keindahan semula jadi negara ini yang memukau dan pelbagai menarik pelancong eko serta mereka yang mencari pengalaman hijau. Bandarnya yang hebat memiliki seni bina moden dan tradisional yang cantik serta meraikan banyak festival dan acara kebudayaan.


Nama 'Australia' yang berasal daripada bahasa Latin, australis, yang bermaksud di selatan. Australia ialah sebuah negara di Hemisfera Selatan yang terdiri daripada tanah besar yang juga merupakan benua terkecil di dunia.


Banyak tempat-tempat di Australia yang menarik untuk dilawati seperti Sydney, Perth, Gold Coast, Adelaide, Tasmania dan banyak lagi. Kebanyakan orang berkata, kalau tidak ke Sydney, maka tidak lengkaplah melawat Australia tetapi aku memilih MELBOURNE di negeri Victoria,


Melbourne adalah ibu kota di negeri Victoria di Australia dengan penduduk kira-kira 4 juta orang. Melbourne adalah ibu kota kebudayaan negara ini dan dipenuhi dengan taman hortikultur dan seni bina zaman Victoria yang indah. Terletak di Port Philip Bay di muara Sungai Yarra, ia merupakan pintu masuk ke Great Ocean Road, yang dianggap sebagai salah satu jalan dengan pemandangan paling indah di dunia.




KEPERLUAN KE AUSTRALIA

Visa

Semua pelawat ke Australia, selain daripada warga New Zealand, memerlukan keizinan pendahuluan sebelum memasuki negara Autralia. Untuk kebanyakan negara, sebuah visa penuh diperlukan, tetapi pemegang sesetengah paspot dari sesetengah OECD dan sesetengah negara Asia Timur dapat menggunakan Electronic Travel Authority (ETA) yang lebih mudah yang membenarkan seorang untuk menggunakan dan diberikan visa.

Contoh Visa saya,



Untuk memohon Visa boleh layari :



Matawang


Dolar Australia merupakan mata wang dalam Australia (AU, AUS). Simbol bagi AUD boleh ditulis A$, Au$, $Au, Aud$, $Aud, Aus$, dan $Aus.

Kadar pertukaran ketika ini :

1 Dolar Australia = RM3.09. 


Plug Adapter


Plug yang digunakan di Australia tidak sama dengan di Malaysia. Kita perlu mendapatkan adapter yang sesuai untuk mengecaj kamera, handphone dan notebook.


BARANGAN YANG BOLEH ATAU TIDAK


Australia tidak membenarkan terutama barangan makanan dibawa masuk ke negara mereka. Sila semak item-item pada borang tersebut atau di laman website Imigresen dan Kastam mereka. Jika ingin membawa barangan tersebut maka perlulah diisytiharkan. 


MAKANAN HALAL

Alhamdulillah, Melbourne banyak menyediakan Makanan Halal. Senarai makanan halal di Australia boleh rujuk di website halalsquare.com.au


SHOPPING

Kalau hendak bershopping di Melbourne, kena set satu hari khas untuk itu. Disini kebanyakan kedai buka jam 10.00 pagi dan tutup jam 6.00 petang.


KLIP VIDEO KENANGAN





ATURCARA PERJALANAN

13 Mac 2016 Day 1: Airport Pickup dan Melbourne City Tour

14 Mac 2016 Day 2: Phillip Island Eco Tour

15 Mac 2016 Day 3: Great Ocean Road Coastal Road Trip

16 Mac 2016 Day 4: Dandenong Ranges

17 Mac 2016 Day 5: Free and  Easy (Airport Drop)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...