Tuesday, March 8, 2016

GERHANA MATAHARI


Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan satu fenomena menarik bagi tahun ini iaitu Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada Rabu, 9 Mac 2016. Fenomena ini merupakan satu-satunya Gerhana Matahari Separa yang dapat disaksikan di Malaysia pada tahun 2016. Berikut adalah masa berlakunya fasa-fasa Gerhana Matahari Separa iaitu :

  • 7:24 pagi : Bulan mula menyentuh cakera Matahari
  • 8:24 pagi : Bulan mula menutupi matahari secara perlahan  
  •                   (bermulanya fasa Gerhana Matahari Separa)
  • 9:31 pagi : Bayangan bulan mulai hilang secara perlahan      
  •                   (Gerhana Matahari Separa berakhir sepenuhnya)

Di Malaysia, kita dapat melihat Matahari terlindung oleh Bulan sehingga mencapai litupan maksimum kira-kira 87% di Sarawak dan juga di bahagian selatan Semenanjung Malaysia pada waktu pagi semasa Matahari sedang terbit.  Peratus Matahari dilindungi oleh Bulan semakin mengurang apabila kita semakin ke bahagian Utara Semenanjung Malaysia dan Sabah. Kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa dari jam 7:30 pagi hingga  jam 9:30 pagi.

Saksikanlah siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai 7:24 pagi. hingga 9:31 pagi pada 9 Mac 2016 di laman sesawang iaitu  www.angkasa.gov.my. Sekiranya anda terlepas menyaksikan fenomena ini, anda perlu menunggu sehingga 26 Disember 2019 untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa sekali lagi di Malaysia.


Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana
(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu
(Sahih Muslim 2-hlm: 81)

Hukum solat gerhana adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan. Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah.


Lafaz solat sunat gerhana matahari


Ertinya: 'Sahaja aku solat sunat gerhana mathari dua rakaat kerana Allah Taala"


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...