Sunday, January 3, 2016

Soal Jawab HAJI (Soalan 120 & 121)

Soalan 120 :

Biasanya ramai berebut-rebut untuk mengucaup Hajarulaswad.


Jawapan :

Sunatnya memang begitu tapi susah juga kerana orang terlalu ramai. Disunatkan juga kita istilam iaitu menjabat Hajarulsawad dengan tapak tangan kemudian mengucupnya. Oleh kerana jarang-jarang dapat, kita boleh buat secara jarak jauh.

Macam mana?

Senang saja. Cuma angkat tangan dengan isyarat kemudian kucuplah tapak tangan itu.

Ramai jemaah yang sanggup bersesak nafas tak kira lelaki atau perempuan. Eloknya tidak usahlah begitu. Kalau lapang, kita buat. Kalau tidak lapang, kita buat jarak jauh sahaja.

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW menasihatkan Umar r.a.:

Maksudnya: "Wahai Umar! Sesungguhnya engkau lelaki yang kuat. Janganlah engkau bersesak-sesak dekat batu Hajarulaswad maka mungkin engkau ahkan menyakiti orang yang lemah. Jika engkau dapati ia lengang, maka istiamlah. Jika tidak lengang, maka memadailah dengan isyarat bertahlil serta bertakbirlah" (Riwayat al-Balhaqi no. 9528)



Soalan 121 :

Ada juga orang yang berebut-rebut hendak cium batu Hajarulaswad. Ada disuruhkah dalam agama?


Jawapan :

Mencium Hajarulaswad hukumnya sunat tetapi janganlah sampai tolak-menolak antara satu sama lain. Menjaga adab adalah wajib.

Wajib perlu diutamakan berbanding sunat.

Memang ada sabit bahawa Nabi SAW mencium Hajarulaswad. Iamam Muslim meriwayatkan kalam Umar al Khattab r.a:

"Demi Allah! Aku tahu bahawa engkauadalah batu. Dab jika aku tidak melihat Nabi SAW menciummu nescaya aku pun tidak akan menciummu." (Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Hajj, hadis no. 1597 dan al-Nasa'i. Rujuk Sunan al-Nasa'i, Kitab Manasik al-Hajj, hadis no. 2937)

Ciumnya jika tawaf masih ada baki pusingan, berhati-hati semasa mencium Hajarulaswad. Bukan apa, kerana Hajarulaswad berada dalam Kaabah. Cara yang paling baik, dinasihatkan tawaflah dulu bagi selesai. Selesai itu, hendaklah cium ke atau hendak sentuh dinding, ikut sukalah.

Mengikut Imam Ibn Hajar, Imam al-Tabari menyatakan bahawa Umar al-Khattab berkata sebagi penjelasan kepada masyarakat bahawa amalan itu hanya ittiba' iaitu mengikut apa yang dibuat oleh Nabi SAW. Ia bukan bertujuan mengagungkan batu sebagaimanan amalan masyarakat Arab Jahiliah. (Rujuk Fath al-Bari, juzuk 3, syarah hadis no. 1595, hlm 564)




(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...