Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Soal Jawab HAJI (Soalan 122, 123 dan 124)

Soalan 122 Elokkah kalau jemaah haji mencium setiap penjuru Kaabah? Maklumlah nak ambil berkat. Jawapan : Setiap penjuru Kaabah dipanggila Rukun. Ada Rukun Yamani, Rukun Syami dan Rukun Iraqi. Mencium setiap penjuru Kaabah merupakan bidaah yang diharamkan. Kalau nak cium pun, ciumlah batu Hajarulaswad sahaja. Lagipun, rasanya mana ada sunah Nabi SAW bahawa Bani SAW pernah mencium setiap rukun Kaabah. Soalan 123 Boleh ke tawaf mengikut pusingan arah jam? Jawapan : Tidak boleh , kerana semasa tawaf kedudukan kaabah mesti berada di sebelah kiri badan . Jangan terpusing badan semasa tawaf. Soalan 124 Orang kata, eloknya semasa tawaf, kita berlari-lari? Benarkah? Jawapan : Yang sunahnya ialah berlari-lari anak pada tiga pusingan yang pertama. Bukan lari kuat sangat macam orang berjoging, cuma lari-lari anak sahaja . Itu pun hanya untuk lelaki sahaja , bukan perempuan, bagi 3 pusingan yang pertama . Adapun empat pusingan terakhir , sunahnya berjalan mac

Soal Jawab HAJI (Soalan 120 & 121)

Soalan 120 : Biasanya ramai berebut-rebut untuk mengucaup Hajarulaswad. Jawapan : Sunatnya memang begitu tapi susah juga kerana orang terlalu ramai. Disunatkan juga kita istilam iaitu menjabat Hajarulsawad dengan tapak tangan kemudian mengucupnya . Oleh kerana jarang-jarang dapat, kita boleh buat secara jarak jauh. Macam mana? Senang saja. Cuma angkat tangan dengan isyarat kemudian kucuplah tapak tangan itu. Ramai jemaah yang sanggup bersesak nafas tak kira lelaki atau perempuan. Eloknya tidak usahlah begitu. Kalau lapang, kita buat. Kalau tidak lapang, kita buat jarak jauh sahaja. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW menasihatkan Umar r.a.: Maksudnya: " Wahai Umar! Sesungguhnya engkau lelaki yang kuat. Janganlah engkau bersesak-sesak dekat batu Hajarulaswad maka mungkin engkau ahkan menyakiti orang yang lemah. Jika engkau dapati ia lengang, maka istiamlah. Jika tidak lengang, maka memadailah dengan isyarat bertahlil serta bertakbirlah " ( Riwa