Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2015

Soal Jawab HAJI ( Soalan 116, 117, 118 dan 119)

Soalan 116 : Suami isteri tawaf bersama. Mula tawaf serentak dan berjalan bersama. Apabila tamat tujuh pusingan, isteri yakin sudah tamat tujuh pusingan. Suami pula hanya yakin baru tawaf enam pusingan. Jawapan : Hai...mana satu yang betul. Kalau isteri sudah yakin bahawa tawafnya sudah cukup tujuh, itu sudah OK. Kalau suami tidak yakin , maka tambahlah satu pusingan lagi. Kalau ister nak tambah satu lagi pusingan pun tidak mengapa. Lebih tidak mengapa, kurang jangan. Soalan 117 : Bolehkah kalau kita tawaf menaiki helikopter? Jawapan : Tidak sah kerana satu daripada syarat sahnya tawaf , ia mesti dilakukan dalam masjid . Kemudian macam mana hendak menjadikan Kaabah di sebelah kiri orang yang bertawaf. Tentu susah kalau naik helikopter. Lagipun adalah sunat jika twaf dilakukan dalam berjalan kaki mengikut pandangan mazhab Syafi'i. Menurut pandangan mazhab lain mewajibkan berjalan jika mampu . Kalau tidak mampu berjalan , bolehlah diusung .

Soal Jawab HAJI (Soalan 113, 114 dan 115)

Soalan 113 : Ketika tawaf, wuduk terbatal. Macam mana? Jawapan : Kalau wuduk batal, kenalah stop tawaf dahulu kerana tawaf mestilah berwuduk. Berhenti dahulu dan ambillah wuduk. Kemudian sambung semula mana yang tertinggal. ( Kalau sudah tawaf 3 pusingan lalu terkentut, maka buatlah lagi 4 pusingan ) PANDANGAN MAZHAB MENGENAI WUDUK TAWAF Walau bagaimanapun, bagi masyarakat yang segan untuk mengikut mazhab lain maka tidak menjadi masalah. Ada pendapat dalam mazhab Syafii juga bahawa hanya wuduk orang menyentuh sahaja batal. Orang yang disentuh tidak batal wuduknya. Ini disebut oleh Imam Nawawi r.h., seorang tokoh ulama dalam mahzab Syafii. Beliau berkata : " Maka jika menyentuh seseorang akan kulit orang lain dengan kulitnya, maka batallah suci orang yang menyentuh. Dan pada (suci) orang yang disentuh (terdapat) dua pendapat bagi Imam Syafii r.h. Yang paling sahih di sisi kebanyakan ashabnya bahawa wuduknya (orang yang disentuh) batal. Pendapat kedua t

Soal Jawab HAJI (Soalan 112)

Soalan 112 : Ada masanya sampai sahaja ke Makkah, orang akan tawaf. Esok buat umrah, tawaf lagi. Ada berapa jenis tawaf sebenarnya? Jawapan : JENIS-JENIS TAWAF 1. Tawaf Qudum Qudum ini maknanya sampai . Oleh itu, tawaf Qudum adalah permulaan bagi ibadat ketika sampai ke Makkah bagi yang mengerjakan haji ifrad . Bandingannya macam solat tahiyatulmasjid. Sampai saja masjid, disunatkan solat sunat dua rakaat. Begitulah tawaf Qudum sebagai menghormati hak Kaabah. Hukumnya pun sunat juga. Kalau letih boleh duduk sekejap. Apabila hilang letih, bolehlah dimulakan tawaf Qudum. Walau bagaimanapun, jika takut terlepas solat fardu, maka tangguhkanlah dahulu tawaf Qdum kerana ia adalah wajib. Tambahan pula ganjaran bagi yang melakukan solat secara berjemaah adalah amat besar. 2. Tawaf Ifadhah Ini adalah tawaf rukun bagi ibadah umrah dan haji. Kalau tawaf Qudum hukumnya sunat, tetapi ini adalah fardu. 3. Tawaf Wada'  Wada' ialah perpisahan

Soal Jawab HAJI (Soalan 108,109, 110 dan 111)

Soalan 108 : Kadang-kadang ada wanita yang memakai stokin yang carik. Sahkan tawafnya? Jawapan : Aurat wanita dalam tawaf termasuk juga kaki nya. Kalau carik, terbukalah aurat. Mungkin tidak sah kalau begitu. Soalan 109 : Kalau pakaian bernajis, macam mana? Maklumlah sudah berhari bahkan berminggu hanya pakai kain ihram sahaja. Jawapan : Kalau bernajis, tidak sah tawafnya. Mesti suci daripada najis. Dia hendaklah bersalin atau menukar kain ihram. Soalan 110 : Kalau begitu, macam mana wanita uzur syarii hendak bertawaf? Jawapan : Tak boleh sebenarnya untuk wanita yang uzur syarii seperti dalam haid untuk bertawaf . Kaedah dalam ibadat haji dan umrah untuk wanita yang uzur syarii senang sekali. Semua kerja haji dan umrah boleh dilakukan walaupun ketika haid melainkan tawaf sahaja . Segala rukun boleh dibuat melainkan tawaf. Segala wajib pun boleh dibuat. Nabi SAW bersabda kepada isterinya Aishah r.ha : Makksudnya : " Buatlah apa yang dib

Soal Jawab HAJI (Soalan 106 dan 107)

Soalan 106 : Orang akan mengelilingi Kaabah beberapa kali. Adakah itu Tawaf? Jawapan : Ya, itulah namanya tawaf. Tawaf ialah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan . Ia adalah rukun haji dan rukun umrah . Tawaf ini memang merupakan satu rukun. Firman Allah SWT : Maksudnya :  " Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya. " ( Surah al-Hajj 22:29 ) Tawaf bukan main-main tetapi ibadah. Tawaf bukan bermakna kita menyembah Kaabah tetapi sekadar melaksanakan perintah Allah dan mencontohi amalan Rasulullah SAW. Tujuh pusingan itu diambil daripada amalan Nabi SAW sebagaimana yang disebut oleh Ibn Umar r.a. ( Riwayat a-Bukhari, kitab al-Hajj, hadis no 1623 ) Soalan 107 : Kena ada wudukkah semasa tawaf? Jawapan : Tawaf macam solat juga. Oleh itu, kenalah ada syarat solat seperti suci daripada hadas kecil dan hadas besar. Kenalah juga menutup aurat macam dalam solat. Bukankah Nabi SAW bersabda : Maksudnya : "