Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

Bulan Rejab: Kemuliaan Dicemari Kepalsuan

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan-bulan haram merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)...." Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya&#

Soal Jawab HAJI (Soalan 86 dan 87)

Soalan 86 Kalau kain ihram, kena pakai yang itu sahajakah? Tidak boleh tukarkah? Jawapan Boleh tukar tetapi tukar kepada kain ihram jugalah. Bukanlah kena pakai sampai sebulan tidak bertukar atau berbasuh. Ini kotor dan memaudaratkan  kesihatan. Untuk membuka pakaian ihram bukanlah dilarang. Contohnyajika hendak mandi, takkan hendak mandi dengan kain ihram. Soalan 87 Orang ihram boleh mandi atau tidak? Jawapan Mestilah boleh mandi . Mana ada larangan ihram menyebut bahawa tidak boleh mandi. Cuma masa mandi janganlah gosok sana sini , kemudian guna pula sabun yang ada bau wangian. Guna sabun tidak salah tetapi yang ada bau wangian itu jadi masalah . Ini kerana tujuan asal penggunaan sabun bagi membersihkan bukannya berwangian. Kalau menggunakan tuala pun tidak ada salahnya. Tuala bukanlah kain yang berjahit dan bercantum. Masa mandi juga, seeloknya jangan digosok badan kuat-kuat sampai tertanggal bulu rambu t. Mandi bol