Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2015

Soal Jawab HAJI (Soalan 83)

Soalan 83 Boleh simpulkan larangan-larangan semasa ihram dan hikmahnya? Jawapan LARANGAN-LARANGAN SEMASA IHRAM Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Ia dapat dikategorikan kepada lima yang asas iaitu: - Pakaian - Perhiasan badan - Wangian - Seks - Alam Sekitar. Bab pakaian , perhiasan dan seks memang selalu menjadi masalah. Bab pemburuan jarang-jarang berlaku. Lagipun mana ada unta, kambing dan haiwan lain untuk diburu. Makanan sudah siap terhidang. Cuma kalau rajin pergi beli sahaja. Senang ceria, pakaian sepanjang ihram hanyalah dua helai kain putih sahaja. Kepala pun tidak boleh ditutup dengan serban, kopiah dan seumpamanya. Dalam bab pakaian , lelaki tidak boleh memakai pakaian berjahit. Dalam bab perhiasan badan, tidak boleh menggunakan wangian, tidak boleh memotong kuku walaupun sudah panjang dan tidak boleh menghilangkan bulu sama ada melalui kaedah cukur dan cabut. Apabila wangian tidak dibolehkan, maka seks juga menjadi laranga

Soal Jawab HAJI (Soalan 81 dan 82)

Soalan 81 Kalau pakai jam, bolehkah? Jawapan Sekadar jam tidak lah mengapa . Begitu juga cincin. Ia bukanlah pakaian yang berjahit. Soalan 82 Ada orang semasa di Mekkah, hatinya jatuh cinta kepada seorang anak tok Arab? Jawapan Sekadar jatuh cinta tidak mengapa, jangan jatuh tangga. Jatuh cinta tidaklah dilarang sepanjang ihram. Walau bagaimanapun, meminang adalah dilarang . Apabila peminangan dilarang, maka berkahwin juga dilarang , sama ada kita menjadi pengantin lelaki atau pengantin perempuan. Begitu juga kalau ada orang hendak kahwin, kita sibuk hendak menjadi wali menikahkan orang. Sabda Nabi SAW : Maksudnya : " Sesiapa yang berihram tidak boleh berkhwin, tidak boleh mengahwinkan (orang lain) dan tidak boleh meminang ". (Rujuk Subul al-salam, juzuk 2, halaman 947, hadis no 684) Ini semua ada kaitan dengan seks yang menjadi larangan asas sepanjang ihram. Sumber :  Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda

Soal Jawab HAJI (Soalan 79 dan 80)

Soalan 79 Kenapa lelaki tidak boleh pakai pakaian berjahit? Jawapan Sudah tersurat dalam sunah Nabi SAW begitu. Oleh itu, seluar, baju, sarung kaki, sarung tangan dan kasut tidak dibenarkan. Hikmahnya mungkin bagi menggambarkan keadaan umat Islam yang sama sahaja tanpa mengira warna kulit atau taraf.  Raja pun pakaiannya begitu, tukang sapu sampah pun pakaiannya begitu. Ini akan mengingatkan kita bahawa kita sedang ihram dan kita semua adalah hamba Allah. Soalan 80 Kasut pun tidak boleh dipakai. Takkan hendak berkaki ayam? Jawapan Tidaklah disuruh berkaki ayam, tetapi kasut memang tidak dibenarkan sepanjang ihram. Namun kita dibenarkan memakai selipar seperti selipar Jepun. Prinsipnya kata sesetengah orang ialah nampak kaki dan tumit kaki. Sabda Nabi SAW : Maksudnya : " Sesiapa yang tidak mendapati selipar, maka pakailah khuf dan hendaklah memotong keduanya bahagian bawah daripada buku lali ". Sumber :  Soal Jaw

HILANGNYA PERMATA

12 Februari 2015. MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, 84, meninggal dunia kira-kira jam 9.40 malam. Bekas Menteri Besar Kelantan menghembuskan nafas terakhir kira-kira satu jam sebaik tiba di rumahnya, selepas keluar daripada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat Nama            : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat Tarikh Lahir : 10-01-1931 Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan. Pengajian : 1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut 2-Universiti Deoband India 3-Universiti Lahore Pakistan 4-Universiti Al Azhar 5-Sarjana Muda bahasa Arab 6-Sarjana Perundangan Islam Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931. Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali deng

PERCUTIAN KELUARGA KE HO CHI MINH, VIETNAM 2015 - Si Jantung Hati

Koleksi foto PERCUTIAN KELUARGA KE HO CHI MINH, VIETNAM pada 22 - 26 Januari 2015 Lagu :  SI JANTUNG HATI Artis :  ADE PUTRA dan IRA MAYA SOPHA Percutian Keluarga ke Ho Chi Minh, Vietnam 22-26 Januari 2015 ( sila klik )

LAWATAN HARI KELIMA (TERAKHIR) - HO CHI MINH

HARI 05 (26 Jan 2015) - PULANG KE KUALA LUMPUR Sarapan pagi di hotel. Selepas sarapan, kami dibawa ke Tan Son Nhat International Airport untuk pulang ke Malaysia. Sepanjang kami berada di Vietnam, banyak pengalaman dan kenangan yang kami perolehi. Vietnam tempat popular untuk mereka yang berniaga terutama mereka yang menjual dan menjahit pakaian. Salah satu faktor popular untuk rakyat Malaysia, kebanyakan peniaga boleh berbahasa Malaysia. Kami selamat tiba di KLIA2 pada jam 3.00 petang. Singgah di Bangi untuk makan tengahari. Selesai sampai ke kediaman jam 5.30 petang. Tamatlah percutian kami sekeluarga ke Vietnam atau lebih tepat ke Bandaraya Ho Chi Minh.  Alhamdulillah syukur, semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dapat kami melancong lagi Percutian Keluarga ke Ho Chi Minh, Vietnam 22-26 Januari 2015 ( sila klik ) Aturcara Perjalanan HARI 01 (22 Jan 2015) - Kuala Lumpur - Ho Chi Minh (City Tour) HARI 02 (2

LAWATAN HARI KEEMPAT- HO CHI MINH

HARI 04 (25 Jan 2015) - SHOPPING DAN MUZIUM PERANG Sarapan pagi di hotel. CHO BEN THANH Free n Easy sepanjang pagi hari ini di Pasar Ben Thanh. Kami berjalan kaki sahaja ke pasar Ben Thanh ini kerana jaraknya beberapa meter daripada hotel kami.  Sebenarnya kalau ke Ho Chi Minh, adalah tidak lengkap sekiranya anda tidak ke  Pasar Ben Thanh ini kerana di sinilah terdapatnya segala barang-barang buatan Vietnam yang sangat murah seperti kain cotton, sutera Vietnam, kraftangan, baju sulam siap, dan banyak lagi. Ben Thanh Market adalah antara destinasi yang paling popular di Vietnam untuk mereka yang tujuannya datang ke Vietnam untuk membeli belah dan shopping sakan. MAKAN TENGAHARI Makan tengahari tempat biasa, Restoran Quan An dan solat Zohor. CHO BINH TAY Selepas makan tengahari, kami dibawa pula ke Pasar Binh Tay. Di disini kebanyakan peniaga adalah masyarakat Cina. Kebanyakan jualan secara pukal dan bor

LAWATAN HARI KETIGA - HO CHI MINH

HARI 03 (24 Jan 2015) - TEROWONG CU CHI ( CU CHI TUNNEL ) Sarapan pagi di hotel. Menuju ke Cu Chi yang terletak kira-kira 70 km sebelah barat laut dari Bandaraya Ho Chi Minh. Di Cu Chi terdapat rangkaian terowong bawah tanah tinggalan Perang Vietnam itu sepanjang 200 km. Terowong ini merupakan markas bawah tanah atau pusat pentadbiran gerila Viet Cong semasa Perang Vietnam pada tahun 1968. Terowong telah digunakan oleh tentera Viet Cong sebagai tempat perlindungan dan persembunyian semasa pertempuran, serta berkhidmat sebagai komunikasi dan laluan bekalan,  makanan, senjata dan hospital serta kediaman untuk pejuang Vietnam. Mula-mula menonton filem propaganda perang yang menunjukkan bagaimana pejuang gerila tempatan "Heroes Killing Amerika" (a video pengenalan pendek yang menunjukkan bagaimana terowong telah dibina). Kemudian, meneroka maze terowong di Cu Chi. Turut dipamerkan pelbagai mantraps da