Monday, December 14, 2015

Soal Jawab HAJI (Soalan 113, 114 dan 115)

Soalan 113 :

Ketika tawaf, wuduk terbatal. Macam mana?


Jawapan :

Kalau wuduk batal, kenalah stop tawaf dahulu kerana tawaf mestilah berwuduk. Berhenti dahulu dan ambillah wuduk. Kemudian sambung semula mana yang tertinggal.

(Kalau sudah tawaf 3 pusingan lalu terkentut, maka buatlah lagi 4 pusingan)


PANDANGAN MAZHAB MENGENAI WUDUK TAWAF

Walau bagaimanapun, bagi masyarakat yang segan untuk mengikut mazhab lain maka tidak menjadi masalah. Ada pendapat dalam mazhab Syafii juga bahawa hanya wuduk orang menyentuh sahaja batal. Orang yang disentuh tidak batal wuduknya. Ini disebut oleh Imam Nawawi r.h., seorang tokoh ulama dalam mahzab Syafii.

Beliau berkata :

"Maka jika menyentuh seseorang akan kulit orang lain dengan kulitnya, maka batallah suci orang yang menyentuh. Dan pada (suci) orang yang disentuh (terdapat) dua pendapat bagi Imam Syafii r.h. Yang paling sahih di sisi kebanyakan ashabnya bahawa wuduknya (orang yang disentuh) batal. Pendapat kedua tidak batal. Dan jemaah kecil daripada ashabnya memilih pendapat kedua. Dan pendapat yang terpilih ialah pendapat pertama." (al-Idoh, hlm 236)



Soalan 114 :

Kadang-kadang ketika tawaf rasa penat dan letih. Nak berhenti takut kena mula balik?


Jawapan :

Tak mengapa kalau hendak berhenti dahulu. Boleh minum air zamzam dahulu atau pergi minum syai (teh) dahulu.

Apabila rasa kuat semula, sambung balik sahaja. Kalau sudah dapat 6 pusingan, masuk semula dan tawaflah 1 pusingan sahaja lagi. Prinsipnya dalam tawaf, ia tidak memerlukan syarat muwalat (berturut-turut)



Soalan 115 :

Masa tawaf, kadang-kadang tersalah kira, 6 pusingan atau 7 pusingan?


Jawapan :

Macam solat juga, kalau confused (keliru) rakaatnya maka ambillah yang sedikit. Kalau keliru berapa pusingan sama ada 4 atau 5 , kiralah 4. Kalau keliru antara 6 atau 7, kiralah 6 pusingan sahaja. Lebih tidak mengapa, jangan kurang.





(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...