Monday, November 30, 2015

RESEPI : Gulai Ikan Tongkol


BAHAN UTAMA

1 ekor Ikan Tongkol, (1 1/2 - 2 kg seekor, dipotong)
    - Guna Ikan Tongkol hitam siripnya lebih panjang 
10-15 biji cili api dibuang tangkai.
Minyak Masak untuk menumis
6-8 keping asam keping
Sedikit asam jawa, cuka, garam dan gula/gula merah


BAHAN UNTUK GULAI 

1 biji kelapa ambil santan secukupnya.
1 paket kari ikan (atau2 -3 sudu rempah gulai nasi dagang kalau ada).

(dikisar
6 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
Seinci lengkuas 
Seinci kunyit 
5-7 biji cili kering 
3-4 keping asam keping (ambil yang digunakan untuk merebus ikan tadi).


Cara Membuat Gulai Ikan Tongkol


1.  Cuci ikan tongkol hingga bersih, potong, rendam dalam air asam jawa atau cuka sekejap. Bilas dan rebus bersama-sama 6-8 keping asam keping, garam dan gula atau gula melaka. Masukan air sehingga ikan tenggelam. Rebus dengan api perlahan sehingga airnya tinggal suku.


2.  Panaskan minyak. Masukkan semua bahan untuk gulai (dikisar) dan tumis hingga naik minyak dan berbau wangi.

3.  Masukkan santan, asam keping dan cili padi. Kacau hingga menggelegak.

4.  Masukkan ikan rebus bersama-sama dengan air rebusannya.

5.  Perisakan. Tambah garam dan gula secukup rasa.

6.  Kacau hingga menggelegak kali kedua atau hingga naik minyak dengan cantik.




Gulai ini mesti ada rasa masin, manis dan masam.

Selamat mencuba ..,






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...