Sunday, October 25, 2015

Soal Jawab HAJI (Soalan 103, 104 dan 105)

Soalan 103

Katakan saya terlepas wuquf kerana masalah kesihatan sikit. Sampai-sampai sudah 10 Zulhijah?

Jawapan

Kalau terlepas wuquf, tiada hajilah tahun itu. Wuquf tidak boleh diqada.

Sabda Nabi SAW :

Maksudnya :

"Haji adalah Arafah. Sesiapa yang mendapat malam Arafah sebelum terbit fajar daripada malam hari Muzdalifah maka (hampir) sempurnalah hajinya" (Riwayat al-Nasa'i, no. 4011)

Hadis ini menunjukkan bahawa kalau dapat wuquf di Arafah pada masanya, dapatlah haji. Kalau tidak, tak adalah haji.




Soalan 104

Eloknya semasa wuquf ini, apa aturannya yang molek?

Jawapan

Aturan Semasa Wuquf

1. Masuk Arafah

Sunat masuk Arafah selepas gelincir matahari, berada di Masjid Namirah sengga masuk waktu Zohor.

2. Melakukan wuquf selepas solat jamak.

Mealkukan wuquf selepas solat jamak. Melakukan soalat jamak (solat Zohor dan Asar secara jamak takdim) kerana ibadah ini mengikut sunnah Nabi.

3. Zikir, doa, takbiah dan membaca al-Quran

Disunatkan pada hari Arafah ini memperbanyakkan zikir dan doa kerana pada hari itu adalah hari paling afdal berdoa. Begitu dengan bacaan talbiah dan bacaan al-Qiran

4. Menggabungkan antara seluruh siang dan sebahagian malam.

5. Eloknya jangan berpuasa

Memanglah puasa hari Arafah afdal tetapi bagi orang haji, yang afdalnya tidak berpuasa. Sabit bahawa Nabi SAW berwuquf dalam keadaan tidak berpuasa. Lagipun banyak lagi amalan haji yang memerlukan kekuatan badan.



Soalan 105

Ada jemaah yang pitam sebelum wuquf. Apabila sedar semula, waktu wuquf telah habis. Sahkah wuqufnya?

Jawapan

Nampak gaya, wuquf orang tidur adalah sah. Namun orang yang pitam maka wuqufnya tidak sah. Wuquf bagi orang yang pitam hanyalah sah apabila dia berada dalam keadaan sedar walaupun sebentar dalam tempoh waktu wuquf. Sekiranya tidak sedar sepanjang tempoh itu maka wuqufnya tidak sah. Kalau sudah tamat masa wuquf, tidak adalah haji baginya tahun tersebut. Oleh itu, hendaklah dia bertahalul dengan amalan umrah.






(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...