Saturday, October 10, 2015

Soal Jawab HAJI (Soalan 100, 101 dan 102)


Soalan 100

Di mana kita berwuquf?


Jawapan

Arafah adalah sebuah tempat untu berwuquf. Sabda Nabi SAW:

Maksudnya :

"Dan Arafah seluruhnya adalah tempat berwuquf." (Riwayat Abu Daud no. 1936)

Mana-mana kawasan dalam Arafah adalah tempat untuk berwuquf. memang ada afdalnya di Jabal Rahmah kerana mengikut  sunah Nabi SAW.



Soalan 101

Kena ada wudukkah ketika  berwuquf?


Jawapan

Sunat berada dalam keadaan berwuduk tapi kalau ada  hadas besar dan tidak sempat mandi janabah pun tidak mengapa.Wanita yang sedang uzur syarii pun boleh berwuquf.



Soalan 102

Masa berwuquf, apa yang hendak dibuat?

Jawapan

Cari pahala banyak-banyak. Doa pun molek benar. Sabda Nabi SAW:

Maksudnya "

"Sebaik-baik doa  ialah hari Arafah. Dan sebaik-baik apa yan kamu ucapkan dan Nabi-nabi sebelumku ialah 

(tiada tuhan selain Allah Yan Esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya pujian. Dan Dia atas tiap sesuatu amat berkuasa.)" (Riwayat al-Balhaqi no. 9256)

Doa lain pun boleh juga dan digalakkan. Disamping itu, boleh bertahmid, bertakbir, bertahlil, bertasbih dan beristighfar. Pendek kata, apa sahaja amalan baik, bolehlah dibuat ketika wuquf.





(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...