Monday, September 28, 2015

Soal Jawab HAJI (Soalan 98 dan 99)

Soalan 98 :

Ada orang nampak macam wuquf lebih awal sebelum gelincir?


Jawapan :

Memang ada kerana pendapat mazhab Hambali bahawa waktu wuquf bermula daripada terbit fajar har 9 Zulhijjah. Maknanya pagi lagi sudah boleh wuquf. Mungkin moleknya juga pendapat ini.

Sabda Nabi SAW:

Maksudnya :

"...dan dia telah berwuquf sebelum itu di Arafah malam atau siang, maka sempurnalah hajinya." (Riwayat al-Tirmizi no. 819)


WAKTU WUQUF

Dalam hadis ini, siang zahir hadir menunjukkan siang adalah waktu wuquf. Ia tidak terikat dengan gelincir matahari. Namum majoriti ulama menyatakan bahawa amalan Nabi SAW dan khalifah al-Rasyidin menunjukkan bahawa mereka berwuquf selepas gelincir matahari.

Oleh itu, boleh sebenarnya untuk kita memulakan wuquf lebih awal sebelum gelincir. Walau bagaimanapun, kenalah tunggu juga gelincir matahari barulah bolhe meninggal Arafah.




Soalan 99 :

Kena berwuquf siang dengan malamkah?


Jawapan :

Sunatnya begitulah iaitu menghimpunkan antara siang dan malam ketika berwuquf di Arafah. Kalau tidak dapat pun tidak mengapa.

Kalau malas hendak menunggu malam, boleh juga bertolak meninggalkan Arafah sebelum menjelmanya malam.





(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...