Thursday, August 20, 2015

Soal Jawab HAJI (Soalan 92, 93 ,94 dan 95)

Soalan 92

Apabila cuaca sejuk, macam mana kita hendak menahan kesejukan. Boleh selimutkah?


Jawapan

Berselimut bukanlah termasuk dalam larangan semasa ihram. Cuma janganlah berselimut dengan kain yang berjahit.

Eloknya gunakan kain ihram yang lain sebagai selimut. Berhati-hati juga ketika berselimut, agar tidak menutup habis kepala, muka dan pergelangan kaki. Pergelangan tangan pun janganlah ditutup juga . 

Bukankah Nabi SAW menegah memakai sarung tangan.




Soalan 93

Kadang-kadang kepala rasa pening. Teringin hendak berbekam. Bolehkah berbekam semasa sedang ihram?


Jawapan

Dalam larangan ihram, tidak ada disebut pun bahawa berbekam dilarang. Kalau ada hajat dan keperluan, boleh berbekam. Cuma kalau ada dipotong rambut, kenalah dam.

Dalil keharusan berbekam adalah perbuatan Nabi SAW sendiri. Imam Muslim r.a. meriwayatkan satu hadis bahawa Nabi SAW berbekam sedang Baginda dalam ihram. (Rujuk : Subul a-Salam, kitab al-hajj, juzuk 2, halaman 953, hadis no. 688)




Soalan 94

Ketika tidur siang, ada jemaah yang mimpi basah. Haji kira batallah ye?


Jawapan

Haji itu tidak batal cuma diwajibkan mandi junub untuk mengangkat hadas besar. Kalau basah hingga keluar air mani, wajiblah mandi junub.

Haji tidak batal dengan keluar air mani kerana mimpi.




Soalan 95

Adakah dikenakan dam jika suami memegang tangan isteri ketika berjalan, melintas jalan dan sebagainya?


Jawapan

Tidak dikenakan sebarang dam.






(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...