Monday, August 10, 2015

Soal Jawab HAJI (Soalan 88 dan 89)

Soalan 88

Masalahnya ubat gigi pun ada wangian juga?

Jawapan

Penggunaan ubat gigi tidaklah termasuk dalam larangan ihram. Walaupun wangi, ia bertujuan membersihkan gigi.



Soalan 89

Kalau ada nyamuk, dan kita bunuh nyamuk, apa damnya?

Jawapan

Tidaklah salah untuk membunuh nyamuk, semut, lalat dan sebagainya. Yang ditegah ialah berburu haiwan yang halal dimakan. Kalau haiwan itu tidak halal dimakan, tidaklah menjadi larangan tambahan pula ia membawa mudarat.

Ada beberapa hadis antaranya riwayat al-Bukhari dan Muslim. Nabi SAW memberi kelonggaran agar beberapa haiwan boleh dibunuh walaupun di Tanah Haram. Antaranya tikus, serigala, singa, kala jengking dan ular, Sabda Nabi SAW:

Maksudnya :

"Lima daripda binatang yang kesemuanya dalam binatang fawasik (merosakkan) boleh dibunuh (walaupun) di Tanah Haram iaitu gagak, helang, anjing, kala jengking dan tikus." (Rujuk Sunan al-Nasa'i, Kitab Manasik al-Hajj, no. hadis 2881, 2882, 2887, 2888 dan 2889)

Walaupun dalam hadis ini disebut lima, namun para ulama juga menghubungkannya dengan haiwan yang serupa. Sebagai contoh, Imam Syafi'i r.a menghubungkannya dengan haiwan yang tidak halal dimakan. Imam Malik r.a menghubungkannya dengan haiwan yang boleh membahayakan.

Apa pun, tiadalah dam jika haiwan sebegini dibunuh. Memang disuruh pun.



(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...