Tuesday, March 24, 2015

ISTIADAT KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden pada satu istiadat gilang gemilang di Istana Besar, pada pagi 23 Mac 2015.

Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini.


Istiadat dimulakan kira-kira pukul 10 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke Bilik Singgahsana diikuti Lagu Bangsa Johor.




Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsuddin kemudiannya memakaikan Mahkota Kerajaan di kepala Sultan Ibrahim bersama lafaz selawat dan Bismillah diikuti dengan pemakaian mahkota permaisuri 'Diadem' di kepala Raja Zarith Sofiah.


Orang ramai, jauh dekat, dari dalam dan luar negeri turut hadir bagi menyaksikan peristiwa bersejarah itu, bukan sahaja untuk negeri Johor, malah penting bagi mendidik generasi muda amnya mengenai institusi diraja itu. 


Turut menarik perhatian ialah penggunaan beberapa peralatan istiadat kerajaan negeri Johor seperti pedang kerajaan, keris-keris istiadat, keris darjah kerabat, cogan agama, cogan alam, payung istiadat dan cokmar, sebagai unsur yang memberi nilai legitimasi dan kedaulatan kepada raja sebagai pemerintah.



Selesai istiadat kemahkotaan, Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah kemudiannya menyertai perarakan diraja, sekali gus memberi peluang kepada rakyat jelata untuk menikmati detik bersejarah itu. 


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...