Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

MAKAN-MAKAN - Sri Bangi Horizon Garden Restaurant

Sri Bangi Horizon Garden Restaurant 13A/15A, Jalan 8/35, Seksyen 8,  43650 Bandar Baru Bangi,  Selangor Menikmati makan malam di Sri Bangi Horizan Restauran di Bandar Baru Bangi. Masakan sedap boleh cuba, harga pun boleh tahan juga.

MAKAN-MAKAN - Nasi Arab D'Arab Cafe

Restoran Nasi Arab, D’Arab Cafe Lot 3, Kompleks Anjung 7 Seksyen 7, Shah Alam Boleh try Nasi Arab di sini , nasinya best.

ISTIADAT KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dimahkotakan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden pada satu istiadat gilang gemilang di Istana Besar, pada pagi 23 Mac 2015. Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah turut dimahkotakan sebagai Permaisuri Johor, gelaran yang pertama kali digunakan di negeri ini. Istiadat dimulakan kira-kira pukul 10 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke Bilik Singgahsana diikuti Lagu Bangsa Johor. Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsuddin kemudiannya memakaikan Mahkota Kerajaan di kepala Sultan Ibrahim bersama lafaz selawat dan Bismillah diikuti dengan pemakaian mahkota permaisuri 'Diadem' di kepala Raja Zarith Sofiah. Orang ramai, jauh dekat, dari dalam dan luar negeri turut hadir bagi menyaksikan peristiwa bersejarah itu, bukan sahaja untuk negeri Johor, malah penting bagi mendidik generasi muda amnya mengenai institusi diraja itu.  Turut

Soal Jawab HAJI (Soalan 84 dan 85)

Soalan 84 Apakah contoh benda harus sepanjang ihram yang selalu dibuat oleh jemaah haji? Jawapan Banyak lagi benda yang harus. Larangan ihran hanya sedikit  sahaja sesuai dengan suasana ihram itu sendiri di mana hamba menghadap Allah Taala dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Kalau hendak tidur, itu bukan masalah. Kalau hendak makan pelbagai hidangan pak Arab, no problem . Kalau hendak pakai tali pinggang yang besar untuk simpan duit, ok . Soalan 85 Kalau tengok larangan semasa ihram, tidak ada disebut tentang akhlak. Patutlah ramai orang suka berkelahi semasa haji. Jawapan Memanglah dalam larangan ihram, tidak disebut tentang akhlak. Sebabnya  akhlak itu sepanjang masa kena berakhlak mulia. Bukan hanya masa haji. Benda yang  dilarang semasa ihram pada asalnya adalah harus bahkan digalakkan. Potong kuku memang disuruh. Memakai wangian memang juga disuruh. Pendek kata semua larangan ihram harus sebelum ihram. Cuma bagi membezakan