Saturday, February 28, 2015

Soal Jawab HAJI (Soalan 83)

Soalan 83

Boleh simpulkan larangan-larangan semasa ihram dan hikmahnya?

Jawapan

LARANGAN-LARANGAN SEMASA IHRAM

Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini. Ia dapat dikategorikan kepada lima yang asas iaitu:

- Pakaian
- Perhiasan badan
- Wangian
- Seks
- Alam Sekitar.

Bab pakaian, perhiasan dan seks memang selalu menjadi masalah. Bab pemburuan jarang-jarang berlaku. Lagipun mana ada unta, kambing dan haiwan lain untuk diburu. Makanan sudah siap terhidang. Cuma kalau rajin pergi beli sahaja.

Senang ceria, pakaian sepanjang ihram hanyalah dua helai kain putih sahaja. Kepala pun tidak boleh ditutup dengan serban, kopiah dan seumpamanya.

Dalam bab pakaian, lelaki tidak boleh memakai pakaian berjahit.

Dalam bab perhiasan badan, tidak boleh menggunakan wangian, tidak boleh memotong kuku walaupun sudah panjang dan tidak boleh menghilangkan bulu sama ada melalui kaedah cukur dan cabut.

Apabila wangian tidak dibolehkan, maka seks juga menjadi larangan. Mukadimah seks seperti bercium juga dilarang.

Senang cerita, sepanjang masa ihram, jangan duduk dekat-dekat di antara suami isteri. Jangan pakai minyak wangi. Jangan cabut atau gunting apa jua bulu atau benda di badan. jangan pakai pakaian melainkan apa yang sudah dibenarkan semasa ihram.

Jangan juga mencabut pokok atau memburu haiwan.




Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...