Saturday, February 14, 2015

Soal Jawab HAJI (Soalan 79 dan 80)

Soalan 79

Kenapa lelaki tidak boleh pakai pakaian berjahit?

Jawapan

Sudah tersurat dalam sunah Nabi SAW begitu. Oleh itu, seluar, baju, sarung kaki, sarung tangan dan kasut tidak dibenarkan. Hikmahnya mungkin bagi menggambarkan keadaan umat Islam yang sama sahaja tanpa mengira warna kulit atau taraf. 

Raja pun pakaiannya begitu, tukang sapu sampah pun pakaiannya begitu. Ini akan mengingatkan kita bahawa kita sedang ihram dan kita semua adalah hamba Allah.



Soalan 80

Kasut pun tidak boleh dipakai. Takkan hendak berkaki ayam?


Jawapan

Tidaklah disuruh berkaki ayam, tetapi kasut memang tidak dibenarkan sepanjang ihram.

Namun kita dibenarkan memakai selipar seperti selipar Jepun. Prinsipnya kata sesetengah orang ialah nampak kaki dan tumit kaki.

Sabda Nabi SAW :

Maksudnya : "Sesiapa yang tidak mendapati selipar, maka pakailah khuf dan hendaklah memotong keduanya bahagian bawah daripada buku lali".




Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...