Thursday, January 1, 2015

AZAM TAHUN BARU


Tahun baru menjelma lagi. Selain daripada umur yang sudah meningkat, kita mungkin terkenang apakah kejayaan yang telah kita kecapi sepanjang tahun 2104. Kalau azam 2014 sudah tercapai, Alhamdulillah. Kita bersyukur. Namun jangan hanya bersyukur, perlu juga difikirkan bagaimana kejayaan itu boleh diulangi. Jika ia tidak boleh diulangi, ia akan jadi kejayaan ‘tidak sengaja’. Kejayaan tidak sengaja selalunya tidak kekal dan jarang dapat dinikmati dalam jangka masa yang panjang.

Saya percaya ramai akan berbicara tentang azam tahun baru. Saya juga anda ada azam anda yang tersendiri. Saya cuma ingin sampai pandangan ulamak berhubung dengan azam.

Mengikut pandangan ulamak, setiap azam mestilah terdapat 4 perkara ini iaitu :

1. Berazam untuk menjadi seorang mukmin/mukminah yang soleh/solehah serta bertaqwa kepada Allah SWT.

2. Berazam untuk membina atau menghidupkan rumah-rumah Allah. Menyemarakkan masjid-masjid dengan bersolat berjemaah dan menghadiri majlis-majlis ilmu.

3. Berazam untuk mendapatkan kejayaan serta kekayaan.
    Ciri-ciri kebahagiaan adalah :
    i.  Mendapat Suami/Isteri yang soleh/solehah
   ii.  Mempunyai kenderaan yang bagus; dan
  iii.  Mempunyai kediaman yang selesa.
   Kekayaan yang diperolehi dapat menjalankan tanggungjawab sosial seperti berzakat, bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan.

4. Berazam untuk menambah dan meningkatkan ilmu samada ilmu dunia atau ilmu akhirat. Agar semua amalan kita berpandu kepada ilmu. Terutamanya makna bacaan dalam solat agar solat yang dikerjakan lebih khusyuk dan diterima Allah.

Berazamlah untuk mendapatkan kebahagian di dunia dan kebahagiaan di akhirat. 

Semoga tahun ini membawa lebih berkat, rahmat dan ketenangan dalam hati-hati kita semua.

SELAMAT TAHUN BARU 2015

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...