Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2015

LAWATAN HARI PERTAMA - HO CHI MINH

HARI 01 (22 Jan 2015) - Kuala Lumpur - Ho Chi Minh (City Tour) Penerbangan dari KLIA2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat mengambil masa lebih kurang 1 jam 50 minit. Lebih kurang sejam untuk selesai urusan di airpot. Kami disambut saudara Hj Hj Ab Do Ha Liem, agen tempatan yang akan mengurus lawatan kami disini. Kemudian dibawa kami mendaftar dihotel. Kami menginap di Hotel Thanh Lien yang terletak di  135-137 Ly Tu Trong Street, District 1, District 1 - Ben Thanh Market, Ho Chi Minh City, Vietnam selama kami di sini. Hotel ini berdekatan dengan Pasar Ben Thanh, kedai-kedai menjual baju kurung, jubah dan telekung serta restoran-restoran Muslim. RESTORAN QUAN AN Kemudian kami dibawa untuk makan tengahari. Kami makan tengahari di Restoran Quan An dalam kawaasan Cholon Jamial Mosque (Masjid Jamek Cholon). Sepanjang kami di sini, makan tengahari dan makan malam adalah di kedai ini. Cuma sekali kami makan tengahari di restoran lain, semasa perja

PERCUTIAN KELUARGA KE HO CHI MINH, VIETNAM 22-26 JANUARI 2015

Percutian kali ini, kami sekeluarga melancong ke Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam selama 5 hari 4 malam bermula pada 22 Januari 2015 sehingga 26 Januari 2015. Ini merupaka kali pertama kami menjejaki bumi Veitnam.  Di Veitnam, kami mendapatkan khidmat agen tempatan iaitu  saudara Hj Ab Dol Haliem  (No H/P : +84 90 378 40 45) Bersama Hj Ab Dol Ha Liem Ho Chi Minh dahulunya dikenali sebagai Saigon merupakan bandaraya terbesar di Vietnam. Tarikan utama di bandar ini adalah pakaian-pakaian siap seperti baju kurung dengan manik-manik yang bergemerlapan, telekung dengan ukiran bunga-bunga yang cantik, tudung bawal dan kain-kain ela yang murah. Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang ke sini bukan saja sekadar melancong tetapi pada masa yang sama datang untuk memborong barangan kerana terdapat pusat-pusat borong besar di sini. Industri perlancongan adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan negara Vietnam. Bilangan pelancong luar yang melawat Vietnam semakin bertambah sem

Soal Jawab HAJI (Soalan 77 dan 78)

Soalan 77 Ada masanya dapat dilihat jemaah haji yang selekeh. Misai panjang sampai menutup hidung. Tidak tahu nak gunting ke? Jawapan Bukan tidak tahu untuk gunting tetapi memang gunting itu pantang semasa ihram. No cukur, no gunting dan no kerat kuku. Rambut tak boleh digunting dan mana-mana bulu juga tidak boleh digunting. Pendek kata biarlah ia seadanya, nak buat juga kenalah dam. Mungkin inilah hikmah barangkali kenapa disunatkan bercukur, memotong kuku dan sebagainya sebelum ihram. Soalan 78 Lecehlah macam ini. Itu tak boleh, ini tak boleh. Apa lagi yang tak boleh? Jawapan Pantang Larang Semasa Ihram 1. Berkaitan Seks   Seks tidak dibenarkan malah hendaklah buat mukadimahnya pun dilarang. Semasa ihram, tumpuan kita hanya untuk ibadat kepada Allah dalam bentuk sebagai hamba. Sebab itu pakaian lelaki tidak berjahit. 2. Minyak Wangi Tidak dibenarkan . Jadi tidaklah ada rangsangan. Hatta minyak rambut tidak diben

BIAR JADI PEMALU DARIPADA TIDAK TAHU MALU

Isu artis K Pop peluk gadis bertudung dalam satu fanmeeting telah mengundang pelbagai reaksi SECARA fitrahnya, manusia mempunyai sifat malu, tetapi fitrah itu terjejas akibat godaan syaitan seperti peristiwa merujuk kepada Nabi Adam dan Hawa yang diceritakan dalam al-Quran. Firman Allah bermaksud: “ Maka syaitan memujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya sudah merasai buah itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua? ” ( Surah al-‘Araf, ayat 22 ) Aspek iman tidak boleh dipisahkan dengan sifat malu kerana malu itu adalah cabang iman. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “ Sifat malu adalah satu cabang daripada cabang iman. ” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ) Sabda Baginda lagi: “ Malu it

RESEPI : Kentang Putar

BAHAN-BAHAN ( 5 orang ) Bahan untuk Kentang Putar 10 biji kentang dibuang kulit dan dipotong dadu.. (besar-besar tau) 1 sdt serbuk lada hitam 1/2 cawan susu segar sedikit garam Bahan untuk Sos 650ml air kiub pati ayam 1 biji bawang besar (cincang) 1 1/2 sdb mentega 1 sdb tepung gandum 1 sdb sos cili 1 sdb sos tiram 1 sdb kicap pekat serbuk lada hitam Cara-cara Ok.. mula-mula Rebus kentang dengan sedikit garam biar sampai empuk Bila dah empuk tos dan lenyekkan sedikit Guna hand mixer atau blend je biar halus (kentang, susu, garam dan serbuk lada hitam sedikit) Ok..dah siap untuk kentang ...untuk sos pulak. Masak air, letak kiub dan bawang besar di dalam Bila mendidih tapiskan ke dalam bekas lain Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum, kacau atas api kecil supaya tak melekat pada tepi periuk Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil di kacau supaya tidak bergentel Masukkan sos cili, sos tiram dan k

AZAM TAHUN BARU

Tahun baru menjelma lagi. Selain daripada umur yang sudah meningkat, kita mungkin terkenang apakah kejayaan yang telah kita kecapi sepanjang tahun 2104. Kalau azam 2014 sudah tercapai, Alhamdulillah. Kita bersyukur. Namun jangan hanya bersyukur, perlu juga difikirkan bagaimana kejayaan itu boleh diulangi. Jika ia tidak boleh diulangi, ia akan jadi kejayaan ‘ tidak sengaja ’. Kejayaan tidak sengaja selalunya tidak kekal dan jarang dapat dinikmati dalam jangka masa yang panjang. Saya percaya ramai akan berbicara tentang azam tahun baru. Saya juga anda ada azam anda yang tersendiri. Saya cuma ingin sampai pandangan ulamak berhubung dengan azam. Mengikut pandangan ulamak, setiap azam mestilah terdapat 4 perkara ini iaitu : 1. Berazam untuk menjadi seorang mukmin/mukminah yang soleh/solehah serta bertaqwa kepada Allah SWT. 2. Berazam untuk membina atau menghidupkan rumah-rumah Allah. Menyemarakkan masjid-masjid dengan bersolat berjemaah dan menghadiri majlis-majlis ilmu