Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Soal Jawab HAJI ( Soalan 116, 117, 118 dan 119)

Soalan 116 : Suami isteri tawaf bersama. Mula tawaf serentak dan berjalan bersama. Apabila tamat tujuh pusingan, isteri yakin sudah tamat tujuh pusingan. Suami pula hanya yakin baru tawaf enam pusingan. Jawapan : Hai...mana satu yang betul. Kalau isteri sudah yakin bahawa tawafnya sudah cukup tujuh, itu sudah OK. Kalau suami tidak yakin , maka tambahlah satu pusingan lagi. Kalau ister nak tambah satu lagi pusingan pun tidak mengapa. Lebih tidak mengapa, kurang jangan. Soalan 117 : Bolehkah kalau kita tawaf menaiki helikopter? Jawapan : Tidak sah kerana satu daripada syarat sahnya tawaf , ia mesti dilakukan dalam masjid . Kemudian macam mana hendak menjadikan Kaabah di sebelah kiri orang yang bertawaf. Tentu susah kalau naik helikopter. Lagipun adalah sunat jika twaf dilakukan dalam berjalan kaki mengikut pandangan mazhab Syafi'i. Menurut pandangan mazhab lain mewajibkan berjalan jika mampu . Kalau tidak mampu berjalan , bolehlah diusung .

Soal Jawab HAJI (Soalan 113, 114 dan 115)

Soalan 113 : Ketika tawaf, wuduk terbatal. Macam mana? Jawapan : Kalau wuduk batal, kenalah stop tawaf dahulu kerana tawaf mestilah berwuduk. Berhenti dahulu dan ambillah wuduk. Kemudian sambung semula mana yang tertinggal. ( Kalau sudah tawaf 3 pusingan lalu terkentut, maka buatlah lagi 4 pusingan ) PANDANGAN MAZHAB MENGENAI WUDUK TAWAF Walau bagaimanapun, bagi masyarakat yang segan untuk mengikut mazhab lain maka tidak menjadi masalah. Ada pendapat dalam mazhab Syafii juga bahawa hanya wuduk orang menyentuh sahaja batal. Orang yang disentuh tidak batal wuduknya. Ini disebut oleh Imam Nawawi r.h., seorang tokoh ulama dalam mahzab Syafii. Beliau berkata : " Maka jika menyentuh seseorang akan kulit orang lain dengan kulitnya, maka batallah suci orang yang menyentuh. Dan pada (suci) orang yang disentuh (terdapat) dua pendapat bagi Imam Syafii r.h. Yang paling sahih di sisi kebanyakan ashabnya bahawa wuduknya (orang yang disentuh) batal. Pendapat kedua t

Soal Jawab HAJI (Soalan 112)

Soalan 112 : Ada masanya sampai sahaja ke Makkah, orang akan tawaf. Esok buat umrah, tawaf lagi. Ada berapa jenis tawaf sebenarnya? Jawapan : JENIS-JENIS TAWAF 1. Tawaf Qudum Qudum ini maknanya sampai . Oleh itu, tawaf Qudum adalah permulaan bagi ibadat ketika sampai ke Makkah bagi yang mengerjakan haji ifrad . Bandingannya macam solat tahiyatulmasjid. Sampai saja masjid, disunatkan solat sunat dua rakaat. Begitulah tawaf Qudum sebagai menghormati hak Kaabah. Hukumnya pun sunat juga. Kalau letih boleh duduk sekejap. Apabila hilang letih, bolehlah dimulakan tawaf Qudum. Walau bagaimanapun, jika takut terlepas solat fardu, maka tangguhkanlah dahulu tawaf Qdum kerana ia adalah wajib. Tambahan pula ganjaran bagi yang melakukan solat secara berjemaah adalah amat besar. 2. Tawaf Ifadhah Ini adalah tawaf rukun bagi ibadah umrah dan haji. Kalau tawaf Qudum hukumnya sunat, tetapi ini adalah fardu. 3. Tawaf Wada'  Wada' ialah perpisahan

Soal Jawab HAJI (Soalan 108,109, 110 dan 111)

Soalan 108 : Kadang-kadang ada wanita yang memakai stokin yang carik. Sahkan tawafnya? Jawapan : Aurat wanita dalam tawaf termasuk juga kaki nya. Kalau carik, terbukalah aurat. Mungkin tidak sah kalau begitu. Soalan 109 : Kalau pakaian bernajis, macam mana? Maklumlah sudah berhari bahkan berminggu hanya pakai kain ihram sahaja. Jawapan : Kalau bernajis, tidak sah tawafnya. Mesti suci daripada najis. Dia hendaklah bersalin atau menukar kain ihram. Soalan 110 : Kalau begitu, macam mana wanita uzur syarii hendak bertawaf? Jawapan : Tak boleh sebenarnya untuk wanita yang uzur syarii seperti dalam haid untuk bertawaf . Kaedah dalam ibadat haji dan umrah untuk wanita yang uzur syarii senang sekali. Semua kerja haji dan umrah boleh dilakukan walaupun ketika haid melainkan tawaf sahaja . Segala rukun boleh dibuat melainkan tawaf. Segala wajib pun boleh dibuat. Nabi SAW bersabda kepada isterinya Aishah r.ha : Makksudnya : " Buatlah apa yang dib

Soal Jawab HAJI (Soalan 106 dan 107)

Soalan 106 : Orang akan mengelilingi Kaabah beberapa kali. Adakah itu Tawaf? Jawapan : Ya, itulah namanya tawaf. Tawaf ialah mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali pusingan . Ia adalah rukun haji dan rukun umrah . Tawaf ini memang merupakan satu rukun. Firman Allah SWT : Maksudnya :  " Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya. " ( Surah al-Hajj 22:29 ) Tawaf bukan main-main tetapi ibadah. Tawaf bukan bermakna kita menyembah Kaabah tetapi sekadar melaksanakan perintah Allah dan mencontohi amalan Rasulullah SAW. Tujuh pusingan itu diambil daripada amalan Nabi SAW sebagaimana yang disebut oleh Ibn Umar r.a. ( Riwayat a-Bukhari, kitab al-Hajj, hadis no 1623 ) Soalan 107 : Kena ada wudukkah semasa tawaf? Jawapan : Tawaf macam solat juga. Oleh itu, kenalah ada syarat solat seperti suci daripada hadas kecil dan hadas besar. Kenalah juga menutup aurat macam dalam solat. Bukankah Nabi SAW bersabda : Maksudnya : "

Soal Jawab HAJI - TAWAF

JENIS TAWAF 1. Tawaf Qudum 2. Tawaf Ifadhah 3. Tawaf Sunat 4. Tawaf Umrah 5. Tawaf Nazar 6. Tawaf Wada' SYARAT SAH TAWAF 1. Suci daripada hadas. 2. Suci daripada najis. 3. Menutup Aurat. 4. Dimulakan pada sudut Hajarulaswad. 5. Menjadikan Kaabah di sebelah Kiri. 6. DIlakukan tawaf dalam Masjidilharam dan di luar Hijir Ismail/Syazarwan. 7. Cukup tujuh kali keliling dengan yakin. SUNAT-SUNAT TAWAF 1. Berjalan kaki. 2. Istilam Hajarulaswad dan mengucupnya. 3. Istilam Rukun Yamani. 4. Berturut-turut tujuh pusingan. 5. Doa dan Zikir. 6. Solat sunat Tawaf. 7. Melakukan idtiba' bagi lelaki iaitu membuka bahu kanan (bagi tawaf yang diikuti dengan sa'i). Sumber :  Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).

RESEPI : Gulai Ikan Tongkol

BAHAN UTAMA 1 ekor Ikan Tongkol, ( 1 1/2 - 2 kg seekor, dipotong )     - Guna Ikan Tongkol hitam siripnya lebih panjang  10-15 biji cili api dibuang tangkai. Minyak Masak untuk menumis 6-8 keping asam keping Sedikit asam jawa, cuka, garam dan gula/gula merah BAHAN UNTUK GULAI  1 biji kelapa ambil santan secukupnya. 1 paket kari ikan (atau2 -3 sudu rempah gulai nasi dagang kalau ada). ( dikisar )  6 ulas bawang merah  3 ulas bawang putih  Seinci lengkuas  Seinci kunyit  5-7 biji cili kering  3-4 keping asam keping ( ambil yang digunakan untuk merebus ikan tadi ). Cara Membuat Gulai Ikan Tongkol 1.  Cuci ikan tongkol hingga bersih, potong, rendam dalam air asam jawa atau cuka sekejap. Bilas dan rebus bersama-sama 6-8 keping asam keping, garam dan gula atau gula melaka. Masukan air sehingga ikan tenggelam. Rebus dengan api perlahan sehingga airnya tinggal suku. 2.  Panaskan minyak. Masukkan semua bahan untuk gulai ( dikisar

RESEPI : Ikan Kukus Serai

BAHAN-BAHAN Bahan A 1 ekor Ikan Bawal Emas 2 cawan air Sedikit Garam 4 batang serai ( diketuk ) Sedikit perahan lemon. Sedikit Daun Sup Sehelai daun serai. Bahan B ( Dihiris ) 3 ulas Bawang Putih 4 biji Bawang Merah 3 inci Halia 5 biji Cili Padi 1 biji Lada Merah CARA MEMBUAT 1. Bersihkan ikan dan sapukan garam pada seluruh ikan. 2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali. 3. Masukkan ikan dengan api yang kuat selama 15 minit. 4. Hidangkan dengan nasi putih. Resepi disediakan pada 21 Nov 2015 untuk hidangan makan tengahari. Sedap !!!

Santai JPPH HQ Family Day

Program Santai JPPH HQ Family Day telah diadakan pada 14 November 2015 di Stadium Tertutup INSPEN. Beberapa acara telah diadakan yang meliputi semua peringkat umur.

JDT Juara Piala AFC 2015

Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah baharu bola sepak tanah air selepas muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). JDT merupakan pasukan Asia Timur pertama yang berjaya memecahkan monopoli pasukan-pasukan Asia Barat pada Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sejak AFC diperkenalkan pada tahun 2004. Pertandingan AFC CUP 2015, JDT diletakkan di dalam kumpulan F bersama Kitchee, East Bengal dan Balestier Khalsa. Pasukan JDT melengkapkan aksi terakhir kumpulan F dengan bergaya setelah membenam wakil Singapura, Balestier Khalsa FC 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin. JDT mencatat sejarah sebagai pasukan pertama dari Malaysia mara ke Separuh Akhir AFC Cup buat pertama kali. Di separuh akhir pertama JDT tewas 3-1 kepada Qadsia SC dari Kuwait. Sebelum berlangsungnya separuh akhir kedua Persatuan Bola Sepak Kuwait di gantung FIFA. Dengan penggantungan Kuwait FA, AFC memutuskan JDT layak

Soal Jawab HAJI (Soalan 103, 104 dan 105)

Soalan 103 Katakan saya terlepas wuquf kerana masalah kesihatan sikit. Sampai-sampai sudah 10 Zulhijah? Jawapan Kalau terlepas wuquf, tiada hajilah tahun itu. Wuquf tidak boleh diqada . Sabda Nabi SAW : Maksudnya : " Haji adalah Arafah. Sesiapa yang mendapat malam Arafah sebelum terbit fajar daripada malam hari Muzdalifah maka (hampir) sempurnalah hajinya " ( Riwayat al-Nasa'i, no. 4011 ) Hadis ini menunjukkan bahawa kalau dapat wuquf di Arafah pada masanya, dapatlah haji . Kalau tidak, tak adalah haji. Soalan 104 Eloknya semasa wuquf ini, apa aturannya yang molek? Jawapan Aturan Semasa Wuquf 1. Masuk Arafah Sunat masuk Arafah selepas gelincir matahari , berada di Masjid Namirah sengga masuk waktu Zohor. 2. Melakukan wuquf selepas solat jamak. Mealkukan wuquf selepas solat jamak . Melakukan soalat jamak (solat Zohor dan Asar secara jamak takdim) kerana ibadah ini mengikut sunnah Nabi. 3. Zikir, doa, takbiah dan membaca al-Quran Disunat

Soal Jawab HAJI (Soalan 100, 101 dan 102)

Soalan 100 Di mana kita berwuquf? Jawapan Arafah adalah sebuah tempat untu berwuquf . Sabda Nabi SAW: Maksudnya : " Dan Arafah seluruhnya adalah tempat berwuquf ." ( Riwayat Abu Daud no. 1936 ) Mana-mana kawasan dalam Arafah adalah tempat untuk berwuquf. memang ada afdalnya di Jabal Rahmah kerana mengikut  sunah Nabi SAW. Soalan 101 Kena ada wudukkah ketika  berwuquf? Jawapan Sunat berada dalam keadaan berwuduk tapi kalau ada  hadas besar dan tidak sempat mandi janabah pun tidak mengapa.Wanita yang sedang uzur syarii pun boleh berwuquf. Soalan 102 Masa berwuquf, apa yang hendak dibuat? Jawapan Cari pahala banyak-banyak. Doa pun molek benar. Sabda Nabi SAW: Maksudnya " " Sebaik-baik doa  ialah hari Arafah. Dan sebaik-baik apa yan kamu ucapkan dan Nabi-nabi sebelumku ialah  (tiada tuhan selain Allah Yan Esa tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kekuasaan dan bagi-Nya pujian. Dan Dia atas tiap sesuatu amat berkuasa .)" ( Riw

SELAMAT HARI LAHIR KU 2015

HARI LAHIR KU KE-52 Waktu berjalan tiada henti.  Mengiringi bulan dan juga mentari, yang terbit setiap hari.  Mengiringi usiaku yang terus bertambah hari ke hari.  Hingga saat ini. Pada hari ini, apapun impian yang aku impikan,  semoga Allah SWT menjadikan itu kenyataan.  Apapun rencana yang akan aku buat,  semoga semua itu tercapai.  Semoga kegembiraan mengisi diriku dalam setiap waktu.  Hari ini aku berdoa sepenuh hati : " Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan, hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat,  dan sentiasa dalam redha Allah SWT ." Aamiin.

Soal Jawab HAJI (Soalan 98 dan 99)

Soalan 98 : Ada orang nampak macam wuquf lebih awal sebelum gelincir? Jawapan : Memang ada kerana pendapat mazhab Hambali bahawa waktu wuquf bermula daripada terbit fajar har 9 Zulhijjah . Maknanya pagi lagi sudah boleh wuquf. Mungkin moleknya juga pendapat ini. Sabda Nabi SAW: Maksudnya : "... dan dia telah berwuquf sebelum itu di Arafah malam atau siang, maka sempurnalah hajinya ." ( Riwayat al-Tirmizi no. 819 ) WAKTU WUQUF Dalam hadis ini, siang zahir hadir menunjukkan siang adalah waktu wuquf. Ia tidak terikat dengan gelincir matahari. Namum majoriti ulama menyatakan bahawa amalan Nabi SAW dan khalifah al-Rasyidin menunjukkan bahawa mereka berwuquf selepas gelincir matahari. Oleh itu, boleh sebenarnya untuk kita memulakan wuquf lebih awal sebelum gelincir. Walau bagaimanapun, kenalah tunggu juga gelincir matahari barulah bolhe meninggal Arafah. Soalan 99 : Kena berwuquf siang dengan malamkah? Jawapan : Sunatn

TUA MENGERJA KITA

Lirik sebuah lagu " TUA MENGERJA KITA " yang didendangkan oleh artis Fauziah Latif suatu ketika dahulu, bila diamati lirik, ia penuh memberi makna kepada kita yang meningkat tua. TUA MENGERJA KITA  Ingatkah semua Hari tua pasti menjelma Detik waktu yang laju Pantasnya tak akan menunggu Begitu usia Makin hari makin meninggi Siang malam berganti Yang pergi tak berulang sekali lagi Begitu cepat putaran masa Terkadang tanpa pun kita sedar Siapa yang lebih bersedia Dialah yang selesa Tua mengejar Pasti tiba masanya Kau merasa Hidup tak segagah Waktu remaja Di mana tenaga Menyala-nyala Di hari tua Makin terpadam semua Tua mengejar di mana kau berada Tak berbeza semua kan merasa Itu hakikat tak bisa hindari Walau seinci bersihkan diri Sebelum terlewat nanti Hey kawan semua Aku cuma memberi pesan Andai cukup bekalan Tak mungkin kita kehausan Usahlah menunggu Uban memutih di rambutmu Cepat-cepat b

SELAMAT HARI RAYA ADILADHA 1436H

Bacaan Labbaik allahumma labbaik oleh Mishari Alafasy  

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2015

Kemerdekaan hanya datang sekali. Kerana itu, ia harus dijaga, dipupuk dan dipelihara sebaik-baiknya. Pemimpin mahupun rakyat, kita cintakan negara dan bangga menjadi rakyat Malaysia. Di sini tanah tumpahnya darahku! 

Soalan Jawab HAJI (Soalan 96 dan 97)

Soalan 96 Ramai jemaah haji begitu teruja dengan wuquf,. Apa benda wuquf itu? Jawapan Wuquf adalah rukun haji yang utama. Nabi SAW bersabda: Maksudnya : " Haji itu wuquf di Arafah. Maka sesiapa yang mendapat malam Arafah sebelum terbit fajar daripada malam himpunan, maka (hampir) sempurnalah hajinya ." ( Rujuk Sunan al-Nasa'i, Kitab Manasik al-Hajj, hadis no. 3016 ) So, kemuncak ibadat haji adalah pada hari wuquf yang jatuh pada hari 9 ZUlhijjah. Kalau terlepas hari 9 Zulhijjah, maknanya tidaklah ada haji lagi. Kalau datang awal sejak bulan Syawal lagi untuk haji, mesti juga kena tunggu 9 Zulhijah. Wuquf sebenarnya mudah sahaja. Ia bermakna menghadirkan diri walaupun sekejap di Arafah pada waktunya . Kalau pergi tidur dan lena di situ pun, wuquf tetap sah. Seeloknya biarlah kita sedar bahawa kita berada di Arafah. Soalan 97 Hari apa hendak berwuquf? Hari Jumaat atau hari yang lain? Jawapan Hari wuquf bukan berdasarkan Jumaat atu Sabtu. Ia berdasa

MAKAN MALAM DI RESTORAN AL DIAFAH, KAJANG

14 Ogos 2015 - Makan malam di Restoran Al-Diafah. Resotran ini terletak di No 12 & 13, Jalan Putra 6 (Taman Putra Kajang), 4300 Kajang, Selangor.  Restoran ini menyediakan masakan-masakan Arab seperti Nasi Mandy, Kabsah dan pelbagai sup. Yang menarik restoran ini adalah dekorasi atau hiasan dalaman restoran ini yang sungguh cantik dan menarik, dipenuhi hiasan cermin dan kaca.  Masakannya sedap tetapi mahal sedikit jika dibandingkan dengan Restoran Half Moon di Seri Kembangan.  

ZAMAN SEKOLAH RENDAH

Kenangan  Sekolah Tunku Mahmood (2) Kluang, Johor DARJAH 2 DARJAH 3

Soal Jawab HAJI (Soalan 92, 93 ,94 dan 95)

Soalan 92 Apabila cuaca sejuk, macam mana kita hendak menahan kesejukan. Boleh selimutkah? Jawapan Berselimut bukanlah termasuk dalam larangan semasa ihram. Cuma janganlah berselimut dengan kain yang berjahit. Eloknya gunakan kain ihram yang lain sebagai selimut. Berhati-hati juga ketika berselimut, agar tidak menutup habis kepala, muka dan pergelangan kaki. Pergelangan tangan pun janganlah ditutup juga .  Bukankah Nabi SAW menegah memakai sarung tangan. Soalan 93 Kadang-kadang kepala rasa pening. Teringin hendak berbekam. Bolehkah berbekam semasa sedang ihram? Jawapan Dalam larangan ihram, tidak ada disebut pun bahawa berbekam dilarang. Kalau ada hajat dan keperluan, boleh berbekam. Cuma kalau ada dipotong rambut, kenalah dam. Dalil keharusan berbekam adalah perbuatan Nabi SAW sendiri. Imam Muslim r.a. meriwayatkan satu hadis bahawa Nabi SAW berbekam sedang Baginda dalam ihram. ( Rujuk : Subul a-Salam, kitab al-hajj, juzuk 2, halaman

Soal Jawab HAJI (Soalan 90 dan 91)

Soalan 90 Memang zaman moden, kita pergi Makkah bukan untuk berburu, Tapi bagaimana dengan burung, burung kadang-kadang mengganggu jemaah haji? Jawapan Burung adalah binatang juga, bahkan halal pula dimakan. Kalau memburu burung atau membunuhnya, ia satu pantang larang dalam ihram. Kalau bunuh juga, kenalah bayar damnya seekor kambing. Binatang di Tanah Haram tidak boleh dihalau, Sabda Nabi SAW : Maksudnya : " Sesungguhnya negeri ini adalah haram dan tidak ditakutkan (dihalau) binatang buruannya " ( Rujuk Sunan aNasa'i, kitab Manasik al-Hajj, no. hadis 2892 ) Soalan 91 Benarkan pokok tidak boleh dipotong di Tanah Haram? Jawapan Sebagai Tanah Haram, pokoknya pun tidak boleh dipotong. Sabda Nabi SAW : Maksudnya : " Sesungguhnya negeri ini adalah haram, Tidak dipotong darinya (pokoknya )" ( Rujuk : Riwayat al-Bukhari no. 1510 ) Dalam Nihayah al-Muhta j dan Sabil al-Muhtadin menyebut : Semua pokok di Tanah Haram Makkah, sam

Soal Jawab HAJI (Soalan 88 dan 89)

Soalan 88 Masalahnya ubat gigi pun ada wangian juga? Jawapan Penggunaan ubat gigi tidaklah termasuk dalam larangan ihram. Walaupun wangi, ia bertujuan membersihkan gigi. Soalan 89 Kalau ada nyamuk, dan kita bunuh nyamuk, apa damnya? Jawapan Tidaklah salah untuk membunuh nyamuk, semut, lalat dan sebagainya. Yang ditegah ialah berburu haiwan yang halal dimakan. Kalau haiwan itu tidak halal dimakan, tidaklah menjadi larangan tambahan pula ia membawa mudarat. Ada beberapa hadis antaranya riwayat al-Bukhari dan Muslim. Nabi SAW memberi kelonggaran agar beberapa haiwan boleh dibunuh walaupun di Tanah Haram. Antaranya tikus, serigala, singa, kala jengking dan ular, Sabda Nabi SAW: Maksudnya : " Lima daripda binatang yang kesemuanya dalam binatang fawasik (merosakkan) boleh dibunuh (walaupun) di Tanah Haram iaitu gagak, helang, anjing, kala jengking dan tikus. " (Rujuk Sunan al-Nasa'i, Kitab Manasik al-Hajj, no. hadis 2881, 2882, 2887

Salam Aidilfitri 2015

Lagu      : Pulanglah Artis      :   Aisyah Galeri Gambar : Kpg. Seri Desa,  Ayer Hitam, Kluang, Johor 1 Syawal 1436H ( 17 Julai 2015)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015

Hari kemenangan telah tiba Kedengaran sayup takbir bergema Tangan dihulur maaf dipinta Semoga terhapus segala dosa Maaf Zahir dan Batin Salam Aidifitri

PERCUTIAN KE PULAU BALI, INDONESIA 2015

Percutian ke Pulau Bali bermula 14-17 Mei 2015 iaitu 4 hari 3 malam. Percutian Bali ini bersama-sama kawan-kawan/jiran di Taman Perumahan. Percutian kami ini adalah percutian persendirian.  PULAU BALI Pulau Bali, sebuah pulau di Indonesia yang masyhur sebagai pulau memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta pemandangan alam yang cantik. Pantai yang cantik dan pemandangan yang menawan serta budaya yang unik jadi tarikan utama  pelancong dalam dan luar negara ke Pulau Bali. Sekali pandang, pulau Bali seakan-akan berbentuk seekor ayam. KLIA2-LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA NGURAH RAI, BALI Kami berangkat ke Bali dengan penerbangan AirAsia. Penerbangan ke Bali mengambil masa lebih kurang 3 jam 10 minit. Kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai MENGINAP B HOTEL BALI Sepanjang di Bali, kami menginap di B Hotel Bali. Hotel ini terletak di No. 508, Jalan Imam Bonjol, Denpasar. Hotel yang cantik, di tengah-tengah kawasannya terd