Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Zulhijjah & IdilAdha : Beberapa Isu & Hukum

Bulan Zulhijjah, khususnya sepuluh hari awalnya adalah merupakan peluang kedua selepas Ramadhan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredhaan, keampunan dan pahala amalan. " Tiada hari-hari yang lebih disukai oleh Allah SWT untuk hambanya memperbanyakkan amalan dari sepuluh hari ini " ( Riwayat Al-Bukhari ). Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :- a) Zikir b) Berpuasa c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. e) Bertakbir f)  Berkorban Rujuk : Zulhijjah dan IdilAdha : Beberapa Isu dan Hukum

YB AZMIN ALI - Menteri Besar Selangor yang baru

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang baharu, kerana yakin, beliau mempunyai sokongan padu anggota partinya selain PAS dan DAP. Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata Mohamed Azmin turut dipilih kerana PKR mendapat kepercayaan majoriti pakatan rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. YB Tuan Mohamed Azmin merupakan Timbalan Presiden PKR dan oleh itu, Duli Yang Maha Mulia (D.Y.M.M) Sultan Selangor mempunyai keyakinan bahawa sebagai seorang timbalan presiden yang dipilih pastinya mempunyai sokongan padu bukan sahaja daripada PKR malah PAS dan DAP yang membentuk kerajaan gabungan untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor. Sultan Selangor berharap Mohamed Azmin dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas dengan integriti yang tinggi serta akan sentiasa mendahului kepentingan rakyat dan negeri dalam pentadbirannya.

RESEPI : DAGING DENDENG

Bahan-bahannya ;   Bahan A 1 kilo daging lembu dipotong sederhana besar Bahan B 4 biji bawang besar 7 ulas bawang putih 1 inci halia sedikit kulit kayu manis 3 biji bunga lawang Bahan C 3/4 cup kicap lemak manis gula garam 7 helai daun limau purut diramas2 3 batang serai dititik 2 sudu cili kisar bergantung kepedasan yang anda suka..dendeng ni tak pedas sangat 1/2 sudu kecik pes asam jawa Bahan D  air rebusan daging Cara-caranya Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak ...bawang goreng ni..lagi banyak lagi sedap Bahan A direbus sehingga daging lembut...tapi jangan empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak. *air rebusan jangan dibuang *daging yang direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk ( rujuk gambar ) guna lesung batu buat sampai habis ( rujuk gambar ) *goreng daging yang telah ditumb

KULIAH MAGHRIB bersama USTAZ AZHAR IDRUS

Semua muslimin dan muslimat adalah dijemput hadir ke KULIAH MAGHRIB bersama USTAZ AZHAR IDRUS di Masjid Taman Cheras Jaya, Cheras Selangor . yang dijadualkan pada hari SABTU, 27 SEPTEMBER 2014 , mulai SELEPAS SOLAT MAGHRIB . Pelan Lokasi  Masjid Taman Cheras Jaya, Jalan Cheras Jaya 9, Balakong, Selangor GPS: 3.026602, 101.761982 (Dalam 3 km dari AEON Balakong)