Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2014

10 Feb 2014 - Lawatan Hari Kelima di Seoul

Hari merupakan hari terakhir jadual lawatan ke Seoul. Program lawatan kami adalah shopping sambil berjalan sekitar Seoul. Mengikut program kami akan melawat Namdaemun, Myeongdong, Dongdaemun dan EHWA. Kami tidak dapat melawat EHWA kerana kesuntukan masa. Cuaca pagi ini cerah tetapi tetap sejuk. NAMDAEMUN Namdaemun Market, yang terletak di tengah-tengah Seoul, adalah pasaran tradisional terbesar  di Korea menjual pakaian kanak-kanak, lelaki & pakaian wanita, pelbagai barangan harian, peralatan dapur dan barangan tempatan dan yang diimport. Kebanyakan kedai-kedai mempunyai kilang-kilang dan membuat produk itu sendiri. Mereka boleh menawarkan harga borong dan harga runcit yang membolehkan pengunjung membeli pelbagai barangan pada harga yang sangat murah. Untuk Namdaenmun, gunakan perkhidmatan Subway Line 4 , berhenti di Stesen Hoehyeon dan keluar ke Exit 5 . Kedai yang dituju adalah kedai-kedai yang menjual brooch atau kerongsang. Walau pun brooch pop

09 Feb 2014 - Lawatan Hari Keempat di Seoul

09 Feb 2014, Salji masih turun di Seoul. Kebanyakan tanah kelihatan seperti kapas keputihan. Program hari ini adalah lawatan ke Taman Tema Everland. Seperti biasa, kami menggunakan perkhidmatan Subway dalam program lawatan kami. Kami turun di Stesen Gangnam. Di Stesen Gangnam terdapat komplek membeli-belah bawah tanah yang besar, Gangnam Underground Shopping Arcade yang menjual pelbagai barangan. Perkataan Gangnam tidak asing lagi disebut-sebut dikalangan remaja kita di Malaysia atau lebih tepat Gangnam Style . Gangnam Style merupakan sebuah lagu dipopularkan oleh artis Rap Korea, PSY dengan gaya berjoget yang tersendiri, menjadi ikutan remaja di Malaysia. Daerah Gangnam Daerah Gangnam adalah salah satu daripada 25 daerah kerajaan tempatan yang membentuk bandar Seoul, Korea Selatan. Gangnam [kaƋnam] bermaksud "Selatan Sungai". Daerah  ke-4 mempunyai penduduk paling ramai  dan daerah ketiga terbesar di Seoul. Gangnam adalah daerah terkaya di Seoul