Wednesday, December 17, 2014

Soal Jawab HAJI (Soalan 69, 70 dan 71)


Soalan 69 :

Lelaki takkan tak boleh pakai seluar. Seluar dalam pun tak bolehkah?

Jawapan :

Tak boleh. Haram memakai pakaian berjahit walaupun seluar dalam kerana seluar dalam juga pakaian yang berjahit.



Soalan 70

Kalau kain ihram diikat dengan tali, tak salahkan?

Jawapan

Tidaklah salah untuk kain bawah dengan tali. Kalau dipakai tali pinggang yang besar pun tidak mengapa.



Soalan 71

Jarang-jarang nampak orang lelaki pakai serban semasa ihram, Kenapa begitu?

Jawapan

Memanglah begitu kerana semasa ihram, ada pantangnya. Antaranya tidak boleh menutup kepala bagi lelaki.

Lelaki sahaja, bukan untuk wanita. Oleh itu, tidaklah boleh untuk lelaki memakai songkok, kopah, serban dan sebagainya. Kalau tutp seluruh kepala pun tak boleh, tutu sebahagiannya pun tak boleh.

Larangan ini diambil daripada satu hadis Nabi SAW;

Maksudnya :

"Tidak memakai orang yang ihram akan qamis (baju) dan serban ..."
(Riwayat al-Bukhari, hadis no.1542. Rujuk Subul al-Salam, juzuk 2, hlm 944, hadis no.682)

Walau bagaimanapun, kalau panas sangat, tidaklah menjadi kesalahan untuk meletakkan tangan di atas kepala. Begitu juga kalau panas sangat, tidaklah mengapa untuk berteduh di bawah poko, di dalam bangunan atau menggunakan payung asalkan tidak melekat menutupi kepala.

Kalau terlupa tidaklah dikenakan dam. Contohnya memang suka pakai songkok. Masa nak solat mesti cari songkok. Terlupa dimaafkan, Kalau begitu, tanggalkan cepat-cepat akan songkok daripada kepala.





Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...