Skip to main content

CUTI-CUTI MEDAN DAN DANAU TOBA 2014 - Hari Keempat


HARI KEEMPAT 09 DISEMBER 2014 
MEDAN-KLIA2

Sarapan pagi di hotel.



Kali ini cuba sarapan dengan Lontong Pakis. Ketupatnya lembut dan paku pakis nya juga lembut tiada batang pakis yang keras. Rasanya sedap, boleh cuba bila balik nanti.


Lontong Pakis atau Ketupat Gulai Pakis atau Gulai Paku merupakan menu utama di Hotel Madani. Gulai Paku adalah makanan yang cukup popular di Sumatera Barat, terutama di daerah pesisir barat. Bahan asas dalam gulai ini adalah daun pakis dengan santan, lengkuas, lada hijau, asam kandis dan kunyit.

Selepas sarapan, kami dibawa melawat Istana Maimoon.




Istana Maimoon dibina pada tahun 1888 oleh Sultan Deli. Tarikan utama ialah struktur 30 bilik dibina dengan pengaruh seni Melayu, Itali dan Mogul. Daripada 30 bilik, hanya bilik utama boleh dibenarkan kepada orang ramai memasukinya. Di bilik ini, pelancong boleh melihat takhta sulung yang mewah. Sementara itu, sayap belakang istana itu diduduki oleh ahli-ahli keluarga Sultan semasa.





Ketika sampai di Istana Maimoon, kami disambut oleh petugas istana. Beliau menerangkan asal-usul Kesultanan Deli, Sultan-sultan yang memerintah serta hubung-kait dengan kerabat diraja sultan-sultan di Malaysia. Kesultanan Deli masih tetap wujud sehingga kini meskipun tidak lagi mempunyai kuasa setelah berakhirnya Perang Dunia II dan pengisytiharan kemerdekaan Republik Indonesia.



Inilah Sultan Deli yang ke 14. Masa ditabalkan dia berumur 15 tahun. Sekarang tinggal di Makassar, Sulawesi. Namanya Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Mahmud Arya Lamanjiji Perkasa Alam atau Tuanku Aji.


Ini pula ayahandanya, seorang Leftenan Kolonel dalam Tentera Indonesia, Sultan Osman III Mahmud Ma‘mun Paderap Perkasa Alam Syah yang mangkat ketika kapalterbang yang dinaiki terhempas di Lapangan Terbang Malikus Saleh, Aceh pada 21 Julai 2005.










Disini disediakan pakej penyewaan pakaian diraja sebanyak IDR 10,000 untuk seorang. Kami semua menyewa dan bergaya, bergambar ala-ala sultan, permaisuri, putera dan puteri kesultanan Deli.


Setelah puas melawat Istana Maimoon, kini kami bertolak untuk shopping. Mengikut jadual yang dicadangkan sepatutnya kami shopping di Pajak Ikan tetapi guide kami mencadangkan ke kedai pemborong untuk menjimat masa dan keselesaan.



Destinasi terakhir kami ialah ke kedai Zulaikha yang terletak di Jalan Mojopahit. Kedai Zulaikha lebih popular berbanding pesaingnya yang terletak berdekatan.




Kami beli Kek Lapis Legit Perisa Prune, Lapis Legit Krismis dan Bika Ambon serta Jus Terung Belanda dan Jus Markisa. Biasanya orang akan  ke sini pada hari terakhir sebelum penerbangan kerana dapat membeli barangan yang fresh untuk di bawa pulang.



Menunggu di Lobi untuk check-out hotel.




Menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.



Selamat tiba di KLIA jam 6,50 petang. 

Selepas solat jamak Maghrib dan Isyak kami pun pulang.

Tamat percutian Cuti-Cuti Medan dan Danau Toba 2014.


Aturcara Perjalanan

Hari Pertama    - KLIA2 - Medan (klik)



Hari Keempat   - Medan - KLIA2 

Comments

Unknown said…
Assalamu'alaikum..
Agak² budget tuan brp ye..tak masuk shopping.Tq
Unknown said…
Assalamu'alaikum..
Agak² budget tuan brp ye..tak masuk shopping.Tq

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan.  Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang ta

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Peta Pulau Batam Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersep

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit.  Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974.

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittin

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching.

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara

PERCUTIAN KELUARGA KE HO CHI MINH, VIETNAM 22-26 JANUARI 2015

Percutian kali ini, kami sekeluarga melancong ke Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam selama 5 hari 4 malam bermula pada 22 Januari 2015 sehingga 26 Januari 2015. Ini merupaka kali pertama kami menjejaki bumi Veitnam.  Di Veitnam, kami mendapatkan khidmat agen tempatan iaitu  saudara Hj Ab Dol Haliem  (No H/P : +84 90 378 40 45) Bersama Hj Ab Dol Ha Liem Ho Chi Minh dahulunya dikenali sebagai Saigon merupakan bandaraya terbesar di Vietnam. Tarikan utama di bandar ini adalah pakaian-pakaian siap seperti baju kurung dengan manik-manik yang bergemerlapan, telekung dengan ukiran bunga-bunga yang cantik, tudung bawal dan kain-kain ela yang murah. Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang ke sini bukan saja sekadar melancong tetapi pada masa yang sama datang untuk memborong barangan kerana terdapat pusat-pusat borong besar di sini. Industri perlancongan adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan negara Vietnam. Bilangan pelancong luar yang melawat Vietnam semakin bertambah sem