Skip to main content

CUTI-CUTI MEDAN DAN DANAU TOBA 2014 - Hari Kedua


HARI KEDUA 07 DISEMBER 2014 
MEDAN-PARAPAT-PULAU SAMOSIR-PARAPAT

Sarapan pagi di hotel.




Selepas sarapan, check-out hotel dan bertolak ke Parapat, Danau Toba.


Ada dua laluan utama untuk pergi ke Parapat dari Kota Medan,  Satu laluan melalui Tebing Tinggi dan satu lagi melalui Berastagi. Kami menggunakan laluan melalui Tebing Tinggi. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 4 jam dengan jarak perjalanan kira-kira 182km untuk sampai ke Parapat. 





Singgah sebentar di Gerai-gerai yang menjual makanan ringan seperti kacang, kerepek, jeruk-jeruk dan dodol. Mengikut jadual perjalanan sepatutnya ke Paten Shop.

Meneruskan perjalanan ke Parapat dan Danau Toba.




Tiba di Parapat, check-in hotel Danau International Cottage, Parapat. Selepas solat jamak Zohor dengan Asar, bersiap-sedia untuk berangkat ke Pulau Samosir. 









Tomok merupakan salah satu perkampungan kaum Batak di Pulau Samosir dan juga merupakan salah satu pintu masuk ke Pulau Samosir dari Jeti di Parapat. Kami menaiki feri di jeti Tigaraja untuk  ke pulau Samosir yang mengambil masa lebih kurang 45 minit. 



Tiba di jeti Tomok. Bayaran dikenakan untuk memasuki pekan Tomok.




Kami menyusuri lorong yang kiri dan kanannya deretan kedai-kedai kiosk yang menjual menjual pakaian, sarung, selendang, kraftangan dan ukiran kayu serta cenderahati kaum Batak.

RM Sri Rezeki

RM Padang
Disini hanya terdapat dua Rumah Makan (RM) gerai masakan orang Muslim (Halal) iaitu gerai masakan Jawa RM Rezeki dan gerai masakan Padang Minang RM Padang. Kami memilih untuk menikmati makanan tengahari di gerai RM Padang.


Selepas makan, kami pergi melawat di sekitar Tomok. Tarikan utama yang menarik di Tomok adalah Kompleks Objek Wisata Sigale-gale. Di Kompleks ini terdapat rumah adat yang khas, lengkap dengan boneka sigale-gale. Di kawasan kompleks ini, jika bernasib baik kita akan disambut oleh tarian tor-tor dari penduduk setempat dan tarian sigale-gale. Sigale-gale adalah boneka yang dapat bergerak-bergerak dan menari sendiri, sejenis wayang orang di Jawa.

Rumah Bolon
Rumah Bolon
Ruma gorga atau sering disebut ruma bolon atau “Si Baganding Tua” menjadi simbol rumah adat suku Batak. Rumah adat Batak terdiri atas 2 bangunan utama iaitu ruma (tempat tinggal) dan sopo (lumbung padi). Atapnya berbentuk segitiga dan bertingkat tiga. Di setiap puncak dan segitiganya terdapat kepala kerbau yang melambangkan kesejahteraan. Atap ini diperbuat berbahan anyaman buluh (lambe-lambe). Dahulu, sebuah rumah adat Batak berukuran besar (rumah bolon) dihuni 2 hingga 6 keluarga. Memasuki Rumah Bolon ini harus menaiki tangga yang terletak di tengah-tengah rumah, dengan jumlah anak tangga yang ganjil. Bila orang hendak masuk rumah tersebut, harus menundukkan kepala agar tidak terantuk pada balok yang melintang, ini diertikan tetamu harus menghormati si pemilik rumah.

Sigale-gale
Dalam bahasa batak, sigale-gale bererti lemah gemulai. Menurut ceritanya, dahulu kala, sigale-gale adalah anak seorang raja. Putra tunggal dari raja Rahat yang memiliki wajah tampan dan satu satunya penerus keturunan. Anak raja tersebut, Manggale, meninggal di medan perang. Kematian sigale-gale menyebabkan raja Rahat mengalami ganguan kejiwaan. Penasihat kerajaan ketika itu mencari tabib di seluruh negeri. Seorang tabib mengatakan bahwa raja sakit rindu. Dan untuk mengobatinya, sang tabib mengusulkan kepada penasihat kerajaan untuk dibuat suatu upacara di kerajaan itu, dan memahat sebuah kayu menyerupai wajah anaknya sigale-gale.

Monumen Tungtung

Dihujung kompleks terdapat sebuah objek besar dan tinggi seperti monumen adalah Tung-tung. Tung-tung yang dibina oleh masyarakat sebagai tugu peringatan warisan budaya Tung-tung. Tung-tung  merupakan alat bunyian yang berfungsi seperti beduk, apabila dipalu bertujuan untuk memberi bunyi khas sebagai signal/syarat meminta masyarakat berkumpul diluar untuk pemberitahuan jika ada hal-hal yang ingi dimaklumkan.  Tung-tung biasa terbuat buluh atau kayu.
Komplek Makam Raja Sidabutar dan keluarganya
Kompleks makam, terus terlihat beberapa peti batu berukir kepala manusia. Peti batu itu tidak tertanam di dalam tanah, tetapi berada di atas permukaan tanah. Di dalam peti itulah raja-raja keturunan Sidabutar dimakamkan. Ada  3 Raja beserta beberapa kerabatnya yang dimakamkan di kompleks ini. Jenazahnya tidak dikubur dalam tanah, tetapi hanya dimasukkan dalam peti yang terbuat dari batu alam. Raja Sidabutar, menurut sejarahnya, merupakan orang pertama yang menjijakkan kaki di Pulau Samosir. Makam Raja Sidabutar sendiri merupakan makam terbesar di kompleks ini dan sudah berumur sekitar lebih dari 460 tahun.


Setelah mengunjungi kawasan kampung Batak dan kompleks makam raja, jangan lupa kunjungi pula Muzium Batak. Muzium Batak itu dibangun seperti rumah adat Batak. Di dalamnya terdapat beberapa peninggalan seperti senjata, pakaian adat, dan alat rumah tangga orang Batak kuno. Pengunjung diperkenankan memakai pakai adat Batak sebagai kenang-kenangan untuk diambil gambar.


Disini amat terkenal adalah Kain Wangi atau Kain Harum. Kain ini diperbuat daripada serat kayu cendana ditenun ke dalam kain. Mereka mendakwa bahawa bau gaharu pada kain tidak akan berkurangan walaupun selepas dibasuh. Harga kain tersebut sekitar IDR 50,000 sepasang.


Masa dah lewat terpaksa bergegas ke jeti untuk kembali  ke Parapat.



Setibanya di jeti Tigaraja, terus ke pekan Parapat untuk makan malam sebelum pulang ke hotel untuk penginapan.

Tamat Hari kedua.


Aturcara Perjalanan

Hari Pertama    - KLIA2 - Medan (klik)

Hari Kedua       - Medan - Parapat - Pulau Samosir 




Comments

Unknown said…
Thnk you sir , your way of writing really detail . i can understand well 😊
Unknown said…
Thnk you sir , your way of writing really detail . i can understand well 😊

Popular

Percutian Musim Sejuk, Seoul, Korea Selatan

Alhamdulillah, syukur terhadap Allah, tercapai juga impian kami untuk bercuti di Korea Selatan. Percutian kami bermula 06 hingga 11 Februari 2014 ke Seoul dan sekitarnya. Kami menggunakan perkhidmatan agen pelancongan persendirian melalui carian di internet, Encik Nolharizat Othman.  Beliau telah memberi perkhidmatan yang baik sepanjang kami di Korea Selatan.  Penginapan Penginapan popular dikalangan pelancong luar adalah di Guesthouse . Geusthouse mempunyai berbagai saiz dan harga. Ia bergantung kepada pelancong atau pengunjung untuk menyewanya. Di Seoul, kami menginap di Ines Inn di kawasan Iteawon. Ines Inn merupakan tumpuan rakyat Malaysia yang menghujungi Seoul. Ines Inn merupakan sebuah apartment yang mempunyai pelbagai saiz. Untuk ke sini, kita perlu mendaki bukit yang agak curam, jika kaki tidak kuat, masalah sikit untuk ke sini. Penginapan kami ini ditempah dan diuruskan oleh pemandu pelancong kami. Guesthouse kami mempunyai tiga bilik serta ruang ta

PERCUTIAN KE PULAU BATAM, INDONESIA 12-14 OGOS 2017

Monument Batam Percutian ke Pulau Batam bersama rakan-rakan pada 12-14 Ogos 2017. PULAU BATAM Peta Pulau Batam Pulau Batam terletak 20km di selatan Singapura dan dipisahkan dari Pulau Bintan oleh Selat Riau, Batam terletak di wilayah Indonesia dan merupakan kota terbesar di Kepulauan Riau. Pulau Batam mempunyai enam terminal feri, di Sekupang, Bandar Waterfront, Batam Center, Harbor Bay, Nongsapura dan Telaga Punggur. Terminal feri Batam Centre menerima feri paling banyak dari Singapura dan Johor. PERSEDIAAN AWAL Untuk keselesaan, kami telah membuat persediaan awal iaitu : Info dari Internet Melayari internet untuk mendapat maklumat Batam. Layari blog-blog mereka yang pernah melawat Batam serta website yang memberi tip dan maklumat berhubung lawatan ke Batam. Pembeliaan Tiket Feri Tiket Feri pergi-balik Stulang Laut-Batam sebanyak RM126 melalui website Berjaya Waterfront. Beli tiket feri Pembelian Tiket Bas Express Tiket Bas Express TBS (Terminal Bersep

05-06 Feb 2014 - Lawatan Hari Pertama di Seoul

05 Feb 2013 merupakan persiapan terakhir kami untuk melancong ke Korea Selatan. Selepas solat Maghrib, kami menaiki Naza Ria kami menuju ke LCCT. Penerbangan ke Korea Selatan, kami menggunakan AirAsia X dimana tiket telah kami beli pada bulan Disember 2013. Waktu berlepas jam 1.00am (06 Feb 2014), Penerbangan ke Incheon International Airport, Seoul mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit.  Kami tiba di Incheon International Airport jam 8.30 pagi waktu Korea. Perbezaan waktu antara Korea dengan Malaysia adalah 1 jam, waktu Korea cepat daripada Malaysia. Dari Airport, kami perlu menaiki keretapi Airport ke Terminal Ketibaan. Setibanya di Terminal Ketibaan, selepas menuntut bagasi, kami disambut oleh agen pelancongan kami, Pertama kami diberi Kad T-Money setiap seorang. Kad ini digunakan untuk perkhidmatan pengangkutan di Seoul, samada keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Dari Airport, kami menaiki subway ke Seoul, ke penginapan kami yang telah

Taman Negara Gunung Mulu - Tapak Warisan Dunia

Latar Belakang Sejarah : Taman Negara Mulu merupakan salah satu daripada Tapak Warisan Dunia. Ia terletak di hulu Sungai Tutuh dengan keluasan 544 km persegi. Kawasan ini mempunyai kepelbagaian spesis yang menakjubkan kerana ia terletak dari kawasan tanah pamah dengan altitud dari 50 meter sehingga 2,376 meter. Kawasn ini juga mempunyai 17 zon vegetasi. Ianya telah diwartakan sebagai Taman Negara pada 3 Oktober 1974.

PERCUTIAN KE KOTA PADANG DAN BUKITTINGGI

Pada 14-17 September 2013, kami berdua, suami isteri pergi bercuti ke Tanah Adat Minangkabau, Kota Padang dan Bukittinggi, Sumatera Barat. Kota Padang merupakan Ibukota Sumatera Barat, sebuah kota terbesar di pesisir barat Pulau Sumatera. Sejarah dari perkampungan nelayan di muara Batang Arau lalu berkembang menjadi bandar pelabuhan. Kota Padang juga terkenal sebagai kawasan rantau Minangkabau, Kota Bukittinggi terletak pada rangkaian Bukit Barisan yang membujur sepanjang pulau Sumatera, dan dikelilingi oleh dua gunung berapi yaitu Gunung Singgalang dan Gunung Marapi. Kota ini merupakan tempat kelahiran beberapa tokoh pendiri Republik Indonesia, di antaranya adalah Mohammad Hatta dan Assaat. Bukittinggi juga terkenal sebagai kota wisata yang berhawa sejuk. HARI 01 - 14 Sep 2013 Setibanya di Bandar Udara Internasional Minangkabau, Padang, kami dijemput oleh pemandu pelancong, Pak Anto yang diperkenalkan oleh agen di Malaysia. Perjalanan wisata kami terus menuju ke Kota Bukittin

Percutian Keluarga ke Kuching 17-20 Mei 2012

Percutian keluarga ke Kuching selama 4 hari 3 malam bermula 17 Mei 2012 hingga 20 Mei 2012 . Biasanya kami berenam tetapi kali ini, dua anak aku tidak dapat menyertai percutian ini kerana berkursus dan ada peperiksaan setengah tahun sekolah. Jawabnya aku berempat bersama isteri dan dua anakku, Fiqah dan Zaki. Kami menggunakan perkhidmatan ajen pelancongan untuk keselesaan melancong di Kuching.

07 Feb 2014 - Lawatan Hari Kedua di Seoul

07 Feb 2014 - Hari kedua kami di Seoul. Tepat jam 8.30 pagi, kami telah bersiap-siap untuk lawatan hari kedua. Waktu sebegini, kebanyakan warga Korea telah pun pergi kerja. Dari penginapan, kami terpaksa menempuh perkara ini, menuruni bukit yang curam. Kepenatan mendaki semalam masih terasa tetapi apabila rasa keseronokan, hilang seketika kepenatan itu. Seoul Bukchon Hanok Village Hanok adalah rumah tradisional Korea. Kira-kira 30 tahun yang lalu, terdapat lebih 800,000 hanok di Seoul, tetapi hari ini hanya 12,000 kekal dengan 900 tertumpu di Seoul Bukchon Hanok Village . Perkampungan tradisional Korea ini terletak di antara bangunan-bangunan tinggi dan moden. Rumah-rumah di sini mengikut pelbagai kelas sosial, kedudukan dari petani hingga kepada raja. Lokasinya mencerminkan pandangan neo-Konfusianisme, mengenai dunia dan alam semula jadi, semasa Dinasti Joseon. Semasa Dinasti Joseon, Seoul mempunyai dua perkampungan iaitu perkampungan utara

PERCUTIAN KELUARGA KE HO CHI MINH, VIETNAM 22-26 JANUARI 2015

Percutian kali ini, kami sekeluarga melancong ke Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam selama 5 hari 4 malam bermula pada 22 Januari 2015 sehingga 26 Januari 2015. Ini merupaka kali pertama kami menjejaki bumi Veitnam.  Di Veitnam, kami mendapatkan khidmat agen tempatan iaitu  saudara Hj Ab Dol Haliem  (No H/P : +84 90 378 40 45) Bersama Hj Ab Dol Ha Liem Ho Chi Minh dahulunya dikenali sebagai Saigon merupakan bandaraya terbesar di Vietnam. Tarikan utama di bandar ini adalah pakaian-pakaian siap seperti baju kurung dengan manik-manik yang bergemerlapan, telekung dengan ukiran bunga-bunga yang cantik, tudung bawal dan kain-kain ela yang murah. Oleh itu, ramai rakyat Malaysia yang ke sini bukan saja sekadar melancong tetapi pada masa yang sama datang untuk memborong barangan kerana terdapat pusat-pusat borong besar di sini. Industri perlancongan adalah antara penyumbang utama kepada pendapatan negara Vietnam. Bilangan pelancong luar yang melawat Vietnam semakin bertambah sem