Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2014

SOALAN & JAWAPAN BERKAITAN SOLAT JAMA’ MUSIM BANJIR

SOALAN Asalamualaikum ustaz, sahabat saya mintak tolong tanya pada ustaz.. Kes dia mcm ni, kalau badan perempuan tu kotor kena lumpur banjir lepas tu tempat solat pun kotor kira darurat ke? Boleh buat jamak ke? Kes lagi satu, kalau baju kotor kena lumpur. Bnjir lepas tu ada tempat solat tapi kalau nak ambik wuduk terpaksa ambik depan lelaki macam mana tu? Mintak ustaz tolong jelaskan..syukran jazakallah "mntk maaf ggu *_* JAWAPAN Wa’alaikumussalam,

Soal Jawab HAJI (Soalan 75 dan 76)

Soalan 75 Kalau wanita memakai stoking, kira kena dam jugakah? Jawapan Tengoklah dulu stoking apa. Kalau stoking tangan, memanglah kena dam kerana wanita dilarang memakai stoking tangan. Tapi untuk stoking kaki, tidaklah ada larangan untuk wanita memakainya. Bahkan wajib bagi wanita menutup kakinya kerana ia adalah bahagian aurat wanita. Soalan 76 Biasanya ada pegawai perubatan dan nurse yang bertugas. Mereka juga buat haji.Ada masanya kena pakai sarung tangan plastik untuk merawat pesakit. Jawapan Itu kes lain. Kalau tidak pakai sarung tangan mungkinakan berlaku jangkitan penyakit. Maka memakai sarung tangan termasuk satu keperluan ketika bertugas. Oleh itu, ia tidaklah berdosa dan tidaklah kena dam. Sumber :  Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).

Soal Jawab HAJI (Soalan 72, 73 dan 74)

Soalan 72  : Orang kata bahawa wanita tidak boleh menutup kepala semasa ihram? Jawapan  : Salah faham begitu. Yang benar ialah wanita wajib tutup kepala. Maknanya kenalah pakai tudung. Yang tidak boleh ialah menutup mata. Muka wanita sepanjang masa ihram macam kepala lelaki. Dua-dua tidak boleh tidak boleh ditutup. Kalau wanita dibuka purdah semasa ihram. Dalilnya satu hadis Nabi SAW : Maksudnya : " Wanita yang berihram tidak boleh memakia purdah dan tidak boleh memakia sarung tangan ." (Riwayat al-Bukhari, hadis no. 1741) Soalan 73 Kadang-kadang ada debu kuat berterbangan. Wanita oun menutup muka dengan tudung. Jawapan Tidak mengapa kerana menutup itu hanya sementara dan ada hajat keperluan. Soalan 74 Nampaknya, wanita tiada pakaian khas macam lelaki. Bolehkah pakai kebaya ketika ihram? Jawapan Boleh, apa salahnya. Jubah boleh, baju kurung pun boleh. Baju kebaya pun boleh. Syaratnya cuma menutup  aurat dengan sempurna.

DAUN BELALAI GAJAH - Penawar Penyakit Kanser

Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass telah lama dikenal pasti mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia. Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan. Cara Hidangan : Blend 100 helai daun belalai gajah bersama sebiji apple hijau dan minum. Atau  Teh Daun Belalai Gajah   Cara hidangan : Minum 1 uncang teh setiap hari. 1 uncang teh untuk secawan air panas (250ml). Rendam 1 uncang teh dalam air panas selama 5 minit dan sedia untuk diminum.  

Soal Jawab HAJI (Soalan 69, 70 dan 71)

Soalan 69  : Lelaki takkan tak boleh pakai seluar. Seluar dalam pun tak bolehkah? Jawapan  : Tak boleh. Haram memakai pakaian berjahit walaupun seluar dalam kerana seluar dalam juga pakaian yang berjahit. Soalan 70 Kalau kain ihram diikat dengan tali, tak salahkan? Jawapan Tidaklah salah untuk kain bawah dengan tali. Kalau dipakai tali pinggang yang besar pun tidak mengapa. Soalan 71 Jarang-jarang nampak orang lelaki pakai serban semasa ihram, Kenapa begitu? Jawapan Memanglah begitu kerana semasa ihram, ada pantangnya. Antaranya tidak boleh menutup kepala bagi lelaki. Lelaki sahaja, bukan untuk wanita. Oleh itu, tidaklah boleh untuk lelaki memakai songkok, kopah, serban dan sebagainya. Kalau tutp seluruh kepala pun tak boleh, tutu sebahagiannya pun tak boleh. Larangan ini diambil daripada satu hadis Nabi SAW; Maksudnya : " Tidak memakai orang yang ihram akan qamis (baju) dan serban ..." ( Riwayat al-Bukhari, hadi

CUTI-CUTI MEDAN DAN DANAU TOBA 2014 - Hari Keempat

HARI KEEMPAT 09 DISEMBER 2014  MEDAN-KLIA2 Sarapan pagi di hotel. Kali ini cuba sarapan dengan Lontong Pakis. Ketupatnya lembut dan paku pakis nya juga lembut tiada batang pakis yang keras. Rasanya sedap, boleh cuba bila balik nanti. Lontong Pakis atau Ketupat Gulai Pakis atau Gulai Paku merupakan menu utama di Hotel Madani. Gulai Paku adalah makanan yang cukup popular di Sumatera Barat, terutama di daerah pesisir barat. Bahan asas dalam gulai ini adalah daun pakis dengan santan, lengkuas, lada hijau, asam kandis dan kunyit. Selepas sarapan, kami dibawa melawat Istana Maimoon. Istana Maimoon dibina pada tahun 1888 oleh Sultan Deli. Tarikan utama ialah struktur 30 bilik dibina dengan pengaruh seni Melayu, Itali dan Mogul. Daripada 30 bilik, hanya bilik utama boleh dibenarkan kepada orang ramai memasukinya. Di bilik ini, pelancong boleh melihat takhta sulung yang mewah. Sementara itu, sayap belakang istana itu diduduki oleh ahli-ahli keluarga Sultan semasa

CUTI-CUTI MEDAN DAN DANAU TOBA 2014 - Hari Ketiga

HARI KETIGA 08 DISEMBER 2014  PARAPAT-BERASTAGI-MEDAN Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Brastagi. Dari Parapat menuju ke arah bandar Kabanjahe, Karo iaitu 110 km dari Parapat untuk melihat air terjun Sipisopiso. Air terjun ini terletak di sebelah Utara Danau Toba, 24 km dari Kabanjahe, Karo. Singgah di Air Terjun Sipiso-Piso. Air Terjun Sipiso-piso merupakan air terjun tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 120 meter. Menariknya, air terjun yang muncul dari lubang di tebing dan sumber air terjun ini sebenarnya adalah sebuah sungai bawah tanah Karo Plateau. Selepas kejatuhan, sungai yang mengalir melalui sebuah kampung kecil, Tongging kecil sebelum air nya masuk ke Danau Toba. Di sini juga terdapat gerai-gerai menjual pakaian, t-shirt, sarung, pelekat magnet dan beberapa jenis cenderahati. Danau Toba dari Sipiso-piso belakang - Gunung Sibayak Meneruskan perjalanan ke Berastagi sejauh 12 km mengambil masa le