Monday, October 20, 2014

"I want to touch a dog" - Jangan ambil ringan bab agama.


sumber


Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1128.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. Bersabda: "Siapa yang memelihara anjing, selain anjing penjaga perkebunan atau penjaga ternak, maka pahala amal orang itu berkurang setiap harinya satu qirath." 
Dalam sebuah riwayat lain: "selain anjing penjaga kambing, perkebunan atau untuk berburu."

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0225.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : "Apabila ada anjing minum ke dalam bejanamu, tumpahkanlah isinya, dan sesudah itu cuci bejana itu tujuh kali."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1994.
Dari Abu Hurairah r.a. .katanya Rasulullah saw. bersabda: "Malaikat tidak mahu menemani orang-orang yang di rumah mereka ada anjing dan loceng."


Dengar ulasan Ustaz Azhar Idrus berkaitan memegang anjing :

Pondok Taman Islam, Kemaman, Terengganu
16 Januari 2014 / 14 Rabi'ul Awal 1435

Sikap ihsan terhadap haiwan termasuk anjing bukan bermaksud membela atau membelai, sebaliknya menjaga hak haiwan berkenaan.

Kekurangan ilmu agama menyebabkan ramai antara kita dengan mudah melanggar hukum Allah dan terlibat dengan pelbagai program yang dianjurkan yang bertujuan untuk menyindir dan menghina Islam.


Sila rujuk  e-Fatwa : Kedudukan anjing dan hukum berkaitannya




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...