Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

SEKETIKA DI NUSAJAYA, JOHOR

25 Oktober 2014, selepas menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki Hj. Abd Rahman Mohamed di Batu Pahat, Johor, kami bercadang untuk ke rumah adikku di Nusajaya, Gelang Patah, Johor. Kami bermalam ke rumah beliau. Keesokannya selepas sarapan pagi, kami bersiar-siar sekitar Nusajaya. 1. Kota Iskandar 3. Legoland Hotel Selepas makan tengahari, kami berangkat pulang.

Apa kata Presiden MURSHID berkaitan isu "I Want Touch A Dog "

PANDANGAN SAYA TERHADAP ISU PROGRAM 'I WANT TO TOUCH A DOG' 1. Sefaham saya, jika ingin menganjurkan program menjelaskan pendirian Islam tentang anjing, keringanan ketika menyelamatkan anjing, Islam rahmat kepada haiwan termasuk anjing, mengajar masyarakat agar tidak membenci anjing tanpa sebab syarie etc. Program sebegitu adalah BOLEH dibuat dan wajar diterima. 2. Namun jika program menggunakan tema 'i want touch a dog' dan seolah 'majlis menyentuh anjing beramai-ramai tanpa sebab dan keperluan yang jelas' diikuti dengan bergambar, memeluk dan menciumnya dari kalangan orang Islam, maka itu sudah pastinya mencipta PROVOKASI terhadap masyarakat setempat. Walaupun mazhab Maliki mengganggap anjing dan seluruh tubuhnya sebagai tidak najis & tidak haram disentuh, namun pandangan dan pegangan masyarakat setempat perlu diambil kira. Ditambah lagi dengan ijtihad ulama mazhab Syafie yang mengharamkan sentuhan tanpa sebab yang syar'ie. Mazhab Hanbali

"I want to touch a dog" - Jangan ambil ringan bab agama.

sumber Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1128. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. Bersabda: " Siapa yang memelihara anjing, selain anjing penjaga perkebunan atau penjaga ternak, maka pahala amal orang itu berkurang setiap harinya satu qirath."  Dalam sebuah riwayat lain: "selain anjing penjaga kambing, perkebunan atau untuk berburu." Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0225 . Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : " Apabila ada anjing minum ke dalam bejanamu, tumpahkanlah isinya, dan sesudah itu cuci bejana itu tujuh kali ." Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1994. Dari Abu Hurairah r.a. .katanya Rasulullah saw. bersabda: " Malaikat tidak mahu menemani orang-orang yang di rumah mereka ada anjing dan loceng ." Dengar ulasan Ustaz Azhar Idrus berkaitan memegang anjing : Pondok Taman Islam, Kemaman, Terengganu 16 Januari 2014 / 14 Rabi'ul Awal 1435 Sikap i

RESTORAN SILK ROAD SERI KEMBANGAN

18 Oktober 2014 - Jamu selera di Restoran Silk Road di Seri Kembangan, Selangor bersebelahan South City Plaza. Restoran ini menyediakan masakan ala Arab, Turki dan Timur Tengah. Ini merupakan pertama kali kami mengunjungi restoran ini. Biasanya kami mengunjungi Restoran Half Moon. Kali ini kami mencuba di restoran ini dengan Mandi Lamb dan Mandi Chiken Rice dengan air Teh ala Turki.  Kami order nasi untuk 4 orang makan dalam satu talam, nasi nya banyak mungkin sesuai untuk 6-7 orang makan. Rasanya pun sedap, harga standard Nasi Arab. Mungkin boleh datang lagi untuk mencuba menu lain.

Soal Jawab HAJI (Soalan 66, 67 dan 68)

Soalan 66  : Semasa di miqat, seseorang hanya niat ihram sahaja tanpa menentukan haji atau umrah. Yang mana satu hendak dibuat? Jawapan : Senang cerita, kalau bukan bulan haji maka ihramnya menjadi ihram umrah . Contohnya ihram dalam bulan Muharam, Safar, Rejab, Ramadahan dan sebagainya. Namun jika dalam bulan haji iaitu bulan Syawal, Zulkaedah dan awal Zulhijah , maka seseorang bebas menentukan ihramnya untuk haji atau umrah. ( Tidak semestinya menjadi haji secara automatik kerana umrah pun boleh dibuat juga dalam bulan haji .) Soalan 67  : Cadang hendak buat haji Ifrad. Tapi sampai di sana kesihatan terganggu. Hari Wukuf lambat lagi. Macam mana jalan keluarnya? Jawapan : Tips mudahnya ialah ihram bersyarat. Contohnya ihram haji tetapi kalau rasa sakit, maka ihram haji bertukar menjadi umrah. Kira-kira niat begini : "Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah. Jika sakit, aku jadikan ihramku sebagai umrah. Soalan 68 : Jema

DOA HARI LAHIR

HARI LAHIR KE-51 Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad SAW, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.  Terima kasih, ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap Mu. Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit. Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku

WUKUF - HARI ARAFAH

Salah satu rukun ibadah haji ialah wukuf . Wukuf bererti berada di Padang Arafah pada tarikh 9 Zulhijjah, daripada gelincir matahari hingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Jika gagal untuk berada di Arafah pada 9 Zulhijjah maka ibadah haji tidak sah. Wukuf di Arafah hanya boleh dilakukan pada tarikh 9 Zulhijjah sahaja. Oleh itu tarikh 9 Zulhijjah dikenali sebagai  Hari Arafah. Hari Arafah hari istimewa. Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda;  " Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah). " (HR. Muslim) Pujian Allah bagi orang yang wukuf di Arafah . “ Sesungguhnya Allah SWT. memuji mereka yang sedang wukuf di Arafah kepada penduduk langit dan berkata kepada mereka : “ Lihatlah kepada hamba-hamba-Ku yang datang kepada-Ku .“.(HR. Ahmad) Digalakan berpuasa kepada yang tidak menunaikan haji . Dari Abu Qatadah Al-Anshari -radhiallah