Tuesday, September 23, 2014

YB AZMIN ALI - Menteri Besar Selangor yang baru



Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor yang baharu, kerana yakin, beliau mempunyai sokongan padu anggota partinya selain PAS dan DAP.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata Mohamed Azmin turut dipilih kerana PKR mendapat kepercayaan majoriti pakatan rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.


YB Tuan Mohamed Azmin merupakan Timbalan Presiden PKR dan oleh itu, Duli Yang Maha Mulia (D.Y.M.M) Sultan Selangor mempunyai keyakinan bahawa sebagai seorang timbalan presiden yang dipilih pastinya mempunyai sokongan padu bukan sahaja daripada PKR malah PAS dan DAP yang membentuk kerajaan gabungan untuk mentadbir kerajaan negeri Selangor.

Sultan Selangor berharap Mohamed Azmin dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas dengan integriti yang tinggi serta akan sentiasa mendahului kepentingan rakyat dan negeri dalam pentadbirannya.

Mohamed Azmin dilantik sebagai menteri besar Selangor yang ke-15 berkuat kuasa hari ini (23 September 2015) dalam Istiadat Angkat Sumpah dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan di Istana Alam Shah, Klang, pagi ini.




Sumber : BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...