Wednesday, August 20, 2014

Soal Jawab HAJI (Soalan 64 dan 65)

Soalan 64 :

Bilakah kita mengerjakan solat sunat ihram sama ada sebelum atau selepas ihram?

Jawapan :

Solat sunat ihram ini kita tunaikan apabila kita ingin berihram. Caranya ialah solat sunat dulu, kemudian barulah berniat ihram.

Abdullah Ibn Umar r,a. berkata:

Maksudnya : "Adalah Nabi SAW rukuk di Zil Hulaifah dua rakaat".  (Riwayat Muslim, no. hadis 2871)



Soalan 65 :

Ada sesetengah orang sebelum ihram sibuk cari pengetip kuku dan gunting. Kalau tak ada biarlah. Apa sibuk-sibuk?

Jawapan :

Bukan apa, tetapi itu juga antara adab sebelum ihram. Antaranya kita membersihkan diri seperti mencukur bulu ari-ari, bulu ketiak dan memotong kuku. Kalau lelaki, eloklah juga kalau dinipiskan misai.




Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...