Sunday, March 30, 2014

DIEGO GARCIA


Diego Garcia adalah pulau yang terletak di selatan Khatulistiwa di tengah-tengah Lautan Hindi. Ia adalah sebahagian daripada wilayah British Indian Ocean Territory (BIOT), tetapi kini di bawah kawalan Amerika Syarikat di bawah pajakan daripada United Kingdom.

Diego Garcia Military Base
British Indian Ocean Territory
-7.308430, 72.425609

Pangkalan tentera Amerika di pulau Diego Garcia adalah salah satu penermpatan tentera Amerika Syarikat yang paling strategik dan berahsia di luar negara Amerika Syarikat. Hanya boleh diakses oleh pengangkutan tentera dan pernah digunakan sebagai pangkalan untuk peperangan Iraq dan Afganistan.



Diego Garcia juga dikaitkan dengan kehilangan MH370. Banyak teori, andaian dan komen di alam maya berhubung kehilangan pesawat MAS itu. Walau bagaimana pun biar pihak berkuasa menjalankan siasatan dan meneruskan misi pencarian MH370. Kita berbanyak-banyak berdoa agar pesawat itu dapat dipertemukan,  dan bagi petugas SAR, didoakan dipermudahkan segala urusan pencarian dan selamat. Bagi keluarga mangsa diharap sabar dan tabah dengan dugaan ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...