Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

DIEGO GARCIA

Diego Garcia adalah pulau yang terletak di selatan Khatulistiwa di tengah-tengah Lautan Hindi. Ia adalah sebahagian daripada wilayah  British Indian Ocean Territory (BIOT) , tetapi kini di bawah kawalan Amerika Syarikat di bawah pajakan daripada United Kingdom. Diego Garcia Military Base British Indian Ocean Territory -7.308430, 72.425609 Pangkalan tentera Amerika di pulau Diego Garcia adalah salah satu penermpatan tentera Amerika Syarikat yang paling strategik dan berahsia di luar negara Amerika Syarikat. Hanya boleh diakses oleh pengangkutan tentera dan pernah digunakan sebagai pangkalan untuk peperangan Iraq dan Afganistan. Diego Garcia juga dikaitkan dengan kehilangan MH370. Banyak teori, andaian dan komen di alam maya berhubung kehilangan pesawat MAS itu. Walau bagaimana pun biar pihak berkuasa menjalankan siasatan dan meneruskan misi pencarian MH370. Kita berbanyak-banyak berdoa agar pesawat itu dapat dipertemukan,  dan bagi petugas SAR, didoakan diperm

RESEPI : YEMENI MANDY CHICKEN

1. AYAM DAN SUP Bahan-bahan : 1 ekor ayam - dibelah 4 2 biji bawang besar - dadu halus 3 biji tomato - di dadu kecil 2 helai bay leaves 2 batang kulit kayu manis 7 biji buah pelaga 7 biji bunga cengkih 2 sudu besar serbuk jintan putih 1 sudu besar serbuk ketumbar 2 sudu kecil saffron dicampurkan dengan 1/4 cawan jus lemon. Minyak untuk menumis Garam Cara : Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik baunya. Masukkan tomato yang didadu dan air. Kemudian masukkan bahan bahan lain di atas dan sedikit garam. Biarkan sehingga air mendidih dan masukkan ayam ke dalamnya. Selepas ayam masak, keluarkan ayam dan toskan. Tuangkan saffron yang dicampur dengan jus lemon ke atas ayam dan biarkan seketika. Kemudian bolehlah dibakar. 2. NASI Bahan bahan : 5 cawan beras basmathi - basuh dan tos 5 cawan air rebusan ayam tadi 2 labu bawang besar - dihiris 2 sb serbuk jintan putih 1 sb serbuk ketumbar Cara : Tumis sedikit bawang yang dihiris Masukkan b

Misteri Kehilangan Pesawat MAS MH370

8 Mac 2014 - Misteri Kehilangan Pesawat MAS MH370. Pesawat yang membawa penumpang seramai 239 termasuk dua orang bayi, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, berlepas pada 12.41 pagi dan seharusnya tiba di destinasi pada 6.30 pagi. 10 Mac 2014 - TV3 menerumah Kapten Norudin Abd Majid. Beliau merupakan ketua bahagian pesawat 777 sewaktu berkhidmat di MAS. Dan apabila ditanya bagaimana cara untuk mencari, beliau merespon: " Kita perlukan doa daripada orang-orang soleh dan ahli keluarga .." Apa-apapun, sama-samalah kita semua berdoa dan berharap agar kesemua Penumpang dan Crew Penerbangan MH370 akan pulang dengan selamat.

11 Feb 2014 - Lawatan Hari Terakhir di Seoul

Hari ini merupakan hari keenam dan hari terakhir kami di Seoul. Rasa nak tinggal lama lagi di sini. Jam pukul 4.00 pagi waktu Seoul, kami mulai bangun mengemas dan menyiap diri agar tiada yang tertinggal. Selepas siap mandi, kami menunggu Solat Subuh iaitu jam 5.58 pagi. Selepas solat, kami pun beredar dari rumah penginapan kami, Ines Inn. Cuaca di luar masih gelap lagi, kami telah mulai menarik beg-beg besar ke Stesen Nuksapyoeng. Perjalanan dianggarkan 2 jam ke Incheon. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheoan, kami tidak dapat buat apa-apa, check-in bagasi, naik train ke terminal, naik van terus ke pesawat.  Penerbangan kami dijadualkan jam 9.35 pagi waktu Seoul. Penerbangan kami mengambil masa lebih kurang 6 jam 30 minit. Kami selamat mendarat di LCCT, pada jam 3.12 petang waktu Malaysia. Terasa sangat perbezaan cuaca disini, baru 20 minit dah mula berpeluh. Selepas tuntutan bagasi, kami meninggalkan LCCT dan singgah di Bandar Baru