Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Soal Jawab HAJI (Soalan 11 dan Soalan 12)

BAB 2 - KEWAJIPAN HAJI Soalan  11 : Ada hamba Allah bernazar untuk berjalan kaki semasa menunaikan haji. Macam mana? Jawapan : Kalau sudah nazar begitu, nampaknya macam wajiblah untuk ditunaikan.   Alahai...buat apalah pergi bernazar begitu. Banyak lagi nazar yang baik. Umapamanya bernazar untuk bersedekah, menderma kepada anak yatim dan seumpamanya. Sedangkan bazar untuk berjalan kaki boleh menyeksa diri.   Hadis daripada Anas r.a. : Nabi SAW pernah satu masa melihat seorang tua berjalan sambil dipapah oleh dua anak orang lelakinya. Nabi SAW bertanya tentang keadaannya keanapa dia berjalan. Mereka menjawab dia bernazar untuk berjalan. sabda Nabi SAW :   Maksudnya : " Sesungguhnya Allah tidak memerlukan perbuatan menyeksakan diri seperti kelakuan orang ini terhadap dirinya ." ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) Cumanya mungkin ada kafarah nazar. Eloklah kalau hendak bernazar, pilihlah benda yang sesuai dan logik. Kalau tidak, sudah tentu ada k

Selawat Nabi-NUR MUHAMMAD s.a.w

Perarakan Sambutan Maulidur Rasul MTCJ 1434H/2013M (24 Januari 2013)

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

Hari Khamis 12 Rabiul Awal 1434H bersamaan 24 Januari 2013 telah diadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat kariah Masjid Taman Cheras Jaya. Tema peringkat kengsaan pada tahun ini ialah " WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH ". Acara majlis sambutan bermula jam 8.00 pagi dan perarakan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 9.30 pagi. Klip video perarakan. Satu ceramah khas telah disampaikan oleh penceramah bebas, Y.Bhg. Ustaz Mohd Farhan Abdullah. Seteleh selesai ceramah, penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang mengikut kategori. 1. Johan Kategori Penyertaan      : Surau Nouriah, Fasa 4, Taman Cheras Jaya. 2. Johan Kategori Selawat             : KAFA Mambeil Uloom 3. Johan Kategori Pakaian             : SK Cheras Jaya 4. Johan Kategori Sepandok        : Persatuan Penduduk Pusat Bandar Cheras Jaya (PPPBCJ) Johan Keseluruhan dimenangi oleh Surau Nouriah Fasa 4, Taman Cheras Jaya. Hadiah disampaikan oleh Tuan Nazir Masjid Taman Che

MAJLIS AQIQAH CUCU HJ RAJA SHARIMAN

20 Jan 2013. Majlis Aqiqah dan Kesyukuran buat cucu Tuan Haji Shariman dan Hjh Rajmah. Majlis bacaan  marhaban, serta potong jambul dan naik buai diadakan di sebelah pagi manakala bacaan tahlil dan doa selamat selepas zolat zohor.  Tahniah buat Tn Hj Raja Shahriman dan Pn Hjh Rajmah, serta anak perempuan dan menantu beliau ke atas kehadiran Izzahra Irdina. Semoga anak yang baru lahir ini akan menjadi anak solehah.

Soal Jawab HAJI (Soalan 9 dan Soalan 10)

BAB 2 - KEWAJIPAN HAJI Soalan  9 : Ada pihak yang mengatakan bahawa haji ini wajib ditunaikan lima tahun sekali. Ada hadis dalam masalah ini katanya. Jawapan : Memang ada hadis begitu sebagaimana riwayat Imam Baihaqi r.a dalam sebuah hadis qudsi , Nabi SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman : Maksudnya : " Sesungguhnya hamba-Ku yang Aku sihatkan baginya badannya dan aku luaskan bagi kesenangan hidup. Lima tahun telah berlalu dan dia tidak datang kepada-Ku makan dia terharam (daripada pahala dan keredaan) " Walau bagaimanapun, para ulama memahaminya sebagai satu perkara sunat sahaja untuk berhaji lima tahun sekali .   Soalan 10 : Apakah kelebihan menunaikan haji pada usia muda. Jawapan : Dalam hadis Jamik al-Ahadis al-Qudsiyyah no. 1105 : Maksudnya : Allah Azza Wajalla berfirman : " Apabila umur seseorang hamba itu sampai 40 tahun, dipeliharanya daripada tiga bala iaitu gila, kusta dan sopak. Maka apabila sampai umur 50 tahun, m

Rosak bacaan Al-Fatihah, rosaklah solat

KESALAHAN-KESALAHAN TAJWID DALAM AL-FATIHAH 1. Sebutan huruf "ba" berbaris bawah tidak kedengaran. Seolah-olah kita menyebut "Ismillah..." 2. Sabdu pada kalimah ﷲ tidak dijelaskan. Huruf yang bersabdu ibarat huruf itu mempunyai dua huruf yang sama, tetapi ia disatukan menjadi sabdu (faham tak ni? Selain itu, kalimah Allah disebut dengan lafzhul-jalalah (lafaz yang besar). Ini adalah sebutan yang salah kerana 'Bismillah' hendaklah disebut dengan 'lam tarqiq' (lam nipis) kerana huruf ﻡ pada kalimah ini adalah berbaris bawah. 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilahiRahmaan...", yang sepatutnya "BismillahiRRahmaan...". 4. Begitu juga dengan kesalahan pada nombor 3. Huruf ﺭ tidak disabdukan dan sebutannya menjadi "BismilillahirrahmaaniRahiim", yang sepatutnya "BismillahirrahmaaniRRahiim" 5. Sebutan huruf ﻱ tidak dipanjangkan. Ia wajib dipanjangkan harakatnya sama ada 2/4/6

Majlis Syura: Semua boleh guna tetapi tidak boleh terjemah nama Allah

KUALA LUMPUR : Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah. "Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. " Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah ," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi. Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din. Berikut adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak.     Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersam

Soal Jawab HAJI (Soalan 8)

BAB 2 - KEWAJIPAN HAJI Soalan  8 : Orang zaman sekarang banyak duit. Tapi haji, lambat sikit. Bolehkah melambatkan ibadah haji sedangkan mampu. Jawapan : Haji ini mengikut sebahagian pendapat ulama wajiblah disegerakan apabila berkemampuan. Diriwayatkan satu sabda Nabi SAW :   Maksudnya : " Sesiapa berazam haji maka segerakanlah. maka sesungguhnya kadang-kadang seseorang itu ditimpa sakit, terkadang sesat pula kenderaan dan terkadang ada hajat yang lain ." Dalam beberapa hadis ada disebutkan bahawa orang yang tidak pergi menunaikan haji walaupun berkemampuan, maka matilah sama ada dalam Yahudi atau Nasrani. Nabi SAW bersabda: Maksudnya : " Sesiapa yang memiliki bakalan dan kenderaan yang dapat menyampaikannya ke Baitullah al-Haram tetapi dia tidak lagi menunaikan haji, maka dia akan mati sebagai seorang Yahudi ataupun Nasrani ." Namun ada pandangan bahawa ibadat haji ini boleh dilambatkan. Dalilnya kerana ibadat haji difardu tahun 6 hij

PERHIMPUNAN BULANAN PERTAMA BERSAMA DATUK KPP

7 Januari 2013, Ibu Pejabat JPPH mengadakan Perhimpunan Bulanan pertama bersama YBhg. Datuk KPP baru, Datuk Abdul Hamid. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Nergaraku, Lagu Wilayah Persekutuan dan Lagu JPPH.   Perutusan Amanat semperna tahun baru 2013 oleh YBhg. Datuk KPP. Beliau mengingatkan bahawa pegawai JPPH supaya berkerja bersungguh-sungguh dalam satu pasukan dan menjauhi amalan tidak sihat serta jangan membocor rahsia kerajaan.   Kemudian majlis memperkenalkan pegawai-pegawai baru yang melapor masuk ke JPPH. Perhimpunan selesai jam 9.30 pagi.

Soal Jawab HAJI (Soalan 7)

BAB 2 - KEWAJIPAN HAJI Soalan  7 : Apakah terdapat dalil yang menunjukkan kewajipan haji ini. Jawapan : Dalil wajib haji adalah jelas dalam al-Quran dan hadis. Firman Allah SWT, Surah Ali'Imran 3:97; Maksudnya : "... Dan bagi Allah atas manusia untuk berhaji di Baitullah bagi sesiapa yang mampu mengadakan perjalanan ke sana ...." Sunah Nabi SAW juga menunjukkan bahawa Nabi SAW pernah menunaikan haji yang dikenali haji wada' atau haji perpisahan .     Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).