Monday, December 9, 2013

Soalan Jawab HAJI (Soalan 57 dan 58)

BAB 6 - RUKUN HAJI DAN UMRAH

Soalan 57 :

Wanita biasanya ada dating bulan. Masa dating bulan, boleh berihram ke?

Jawapan :

Boleh. dan tidak ada apa-apa kesalahan jika dating bulan ketika ihram. Sebab itu, walaupun sedang uzur syarii, harus untuk berihram.



Soalan 58 :

Kata orang elok mandi sunat untuk ihram?

Jawapan :

Memang molek. Mandi sebelum ihram adalah sunat hukumnya.

Mandi dahulu, ihram kemudian. Selain itu, elok juga jika kita dapat mencukur bulu ketiak, misai dan seumpamanya. Kuku pun elok dipotong. Selepas siap berpakaian, molek jika dibuat solat sunat ihram dua rakaat. Mandi sunat ihram ini disunatkan juga kepada wanita yang uzur syarii.
 




Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...