Tuesday, December 3, 2013

Soal Jawab HAJI (Soalan 55 dan 56)

BAB 6 - RUKUN HAJI DAN UMRAH

Soalan 55 :

Apakah disyaratkan memakai pakaian ihram yang berwarna putih sahaja?

Jawapan :

Tidak. Cuma pakaian putih disunatkan agar dipakai dalam ihram.

Pakaian untuk lelaki biasanya dua helai kain yang tidak berjahit atau tidak bercantum. Satu untuk dipakai bagi menutup aurat antara pusat dan lutut. Satu lagi dipakai sebagai selendang.

Wanita pula dibenarkan memakai apa jua fesyen dengan syarat menutup aurat. Bagi mereka juga disunatkan memakai pakaian berwarna putih.



Soalan 56 :

Mestikah kain ihram warna putih?

Jawapan :

Sunah memakai ihram warna putih. Walau bagaimana pun kalau hendak pakai warna hijau pun tidak mengapa. Warna hitam pun tidak mengapa juga.
 




Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...