Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2013

PENDUDUK BERPESTA IKAN TERDAMPAR

24 Disember 2013 - Penduduk Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu, Sabah berpesta ikan tamban apabila beribu-ribu spesies itu terdampar di pantai. Fenomena itu bermula jam 8 pagi apabila tiga kumpulan besar ikan tamban melompat-lompat di gigi air di pantai kampung terbabit menyebabkan penduduk mengambil kesempatan menangkapnya termasuk menggunakan baldi.

Soalan Jawab HAJI (Soalan 57 dan 58)

BAB 6 - RUKUN HAJI DAN UMRAH Soalan 57   : Wanita biasanya ada dating bulan. Masa dating bulan, boleh berihram ke? Jawapan : Boleh. dan tidak ada apa-apa kesalahan jika dating bulan ketika ihram. Sebab itu, walaupun sedang uzur syarii, harus untuk berihram. Soalan 58   : Kata orang elok mandi sunat untuk ihram? Jawapan : Memang molek. Mandi sebelum ihram adalah sunat hukumnya. Mandi dahulu, ihram kemudian. Selain itu, elok juga jika kita dapat mencukur bulu ketiak, misai dan seumpamanya. Kuku pun elok dipotong. Selepas siap berpakaian, molek jika dibuat solat sunat ihram dua rakaat. Mandi sunat ihram ini disunatkan juga kepada wanita yang uzur syarii.   Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).

Kenangan Lalu - INDIA

Pada Januari 2004, aku telah dipilih untuk menyertai lawatan kerja ke negara India dibawah projek MDC dalam melaksanakan projek eGovernment. Kami ke India untuk melawat dan mempelajari projek eServe yang dilaksanakan oleh kerajaan India. Projek ini berjaya memberi perkhidmatan berbagai saluran perkhidmatan yang memudahkan rakyat berinteraksi dengan kerajaan. Projek ini dibangun dan dikendalikan oleh Syarikat Satyam. Selain lawatan ke pusat-pusat eServe, pejabat kerajaan dan pejabat Satyam, kami juga dibawa melawat tempat-tempat yang selalu dilawati oleh pelancong ke India dalam usaha memperkenalkan Negara India kepada kami. AGRA - TAJ MAHAL  Taj Mahal merupakan makam marmar putih yang terletak di Agra , Uttar Pradesh , India. Ia dibina oleh Maharaja Mughal Shah Jahan sebagai  ingatan kepada isteri ketiganya, Mumtaz Mahal. Taj Mahal juga dikenali sebagai permata seni Islam di India dan merupakan salah satu daripada warisan yang dikagumi   di d

Soal Jawab HAJI (Soalan 55 dan 56)

BAB 6 - RUKUN HAJI DAN UMRAH Soalan 55   : Apakah disyaratkan memakai pakaian ihram yang berwarna putih sahaja? Jawapan : Tidak. Cuma pakaian putih disunatkan agar dipakai dalam ihram. Pakaian untuk lelaki biasanya dua helai kain yang tidak berjahit atau tidak bercantum. Satu untuk dipakai bagi menutup aurat antara pusat dan lutut. Satu lagi dipakai sebagai selendang. Wanita pula dibenarkan memakai apa jua fesyen dengan syarat menutup aurat. Bagi mereka juga disunatkan memakai pakaian berwarna putih. Soalan 56   : Mestikah kain ihram warna putih? Jawapan : Sunah memakai ihram warna putih. Walau bagaimana pun kalau hendak pakai warna hijau pun tidak mengapa. Warna hitam pun tidak mengapa juga.   Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ... ( oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir ).