Thursday, November 21, 2013

ALLAYARHAM AHMAD AMMAR DALAM KENANGAN



Satu-satunya rakyat Malaysia yang dimakamkan bersebelahan Sahabat Rasulullah SAW, Sayyidina Abu Ayub al-Ansari di permakaman Eyub, Turki. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC) dan sedang melanjutkan pengajiannya di Turki dalam bidang Sejarah. Anak yang dipersiapkan oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi mujahid dakwah telah dipanggil oleh Penciptanya pada 2hb November 2013. Hanya kepada ALLAH kita berserah segalanya dan mudah-mudahan ALLAH merahmati dan memberi ganjaran yang setimpal kepada kedua ibu bapanya yang ‘menyerahkan’ kembali anakanda mereka dengan penuh redha. Amin.


Al-Fatihah buat Allayarham Ahmad Ammar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...