Tuesday, October 8, 2013

Soal Jawab HAJI (Soalan 50 dan 51)

BAB 5 - MIQAT HAJI

Soalan 50 :

Susah juga untuk berihram di miqat. Apa kata kalau kita ihram siap-siap sebelum naik kapalterbang. Niat ihram di KLIA?

 Jawapan :

Ihram tersebut sah, cuma dikenakan dam kerana tidak mengikuti panduan yang diletakkan.



Soalan 51:

Kalau hendak masuk Makkah, kena ihram, Macam mana kalau hari-hari masuk Makkah?
`
Jawapan :

Bagi penduduk Makkah dan orang sekitar Makkah, membesar di situ dan bekerja di situ, tidaklah perlu berihram setiap kali hendak masuk Makkah. Ihram ini bagi orang luar yang menziarahi Makkah untuk mengerjakan haji atau umrah. Nabi bersabda :

Maksudnya:

"Maka miqat-miqat itu adalah bagi penduduk negeri-negeri yang disebutkan itu dan juga bagi orang yang datang melaluinya dari negeri yang lain dengan tujuan haji dan umrah."

Kalau masuk hendak berniaga, ziarah keluarga atau apa sahaja tetapi tidak mahu mengerjakan haji dan umrah, masuk sajalah tanpa ihram.





Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

1 comment:

Manis Purnama said...

Minta halal copy n paste daripada blog INI
TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...