Monday, July 1, 2013

Soal Jawab HAJI (Soalan 43, 44 dan 45)

BAB 5 - MIQAT HAJI

Soalan 43 :

Selalu disebut dalam kursus haji tentang miqat. Apa benda miqat itu?

 Jawapan :

Miqat ini bermaksud sempadan atau batas. Miqat melibatkan sempadan masa tertentu dan tempat tertentu untuk ibadat.

Cuma miqat ini ada dua iaitu miqat zamani dan miqat makani. Miqat haji bermula sekitar dari bulan Syawal, Zulkaedah hingga 10 Zulhijah.

Firman Allah SWT tentang ketetapan bahawa haji ada waktunya Surah Al-Baqarah 2: ayat 197

Bermaksid :

"Haji itu beberapa bulan yang maklum."



Soalan 44 :

Apakah hokum menyemat niat sebelum memasuki bulan-bulan haji? Apa jadi kepada niat tersebut?

Jawapan :

Niat ihram itu sah tetapi ia tidak menjadi haji sebaliknya bertukar menjadi umrah.



Soalan 45 :

Apakah dia pula miqat makani? Selalu dengar orang tua-tua sebut Qamul Manazil.

Jawapan :

Jadinya miqat makani ialah tempat untuk kita berihram haji atau umrah. Haji memang dibuat di Makkah, tapi tempat mula berniat ihram haji dimana? Itu yang selalu disebut Qarnul Manazil kerana ia salah satu tempatmiqat makani

Miqat adalah sempadan manakala makani ialah tempat.




Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...