Monday, June 3, 2013

Soal Jawab HAJI (Soalan 33, 34 dan 35)

BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI

Soalan 33 :

Ada sepupu saya hartanya banyak, tapi kurang sihat. Selepas terbabit dengan kemalangan, kakinya patah. Hendak berjalan pun bertongkat dan berpimpin. Azamnya hendak pergi haji tahun ini?
 
Jawapan :

Walau bagaimanapun, apabila  tidak sihat dan tidak kuat, maka dia tidak lagi digolongkan dalam kategori orang yang mampu. Kalau sudah lumpuh, maka kewajipan hajinya gugur. Kalau sudah patah kaki dan bersimen hingga susah untuk berjalan, biarlah sembuh dahulu. Kerja haji sebenarnya memerlukan juga kekuatan badan. (Kalau rasa sihat dan kuat, eloklah dikerjakan ibadat haji.)
 
Berdasarkan akuan pegawai perubatan, ada yang layak dan ada yang tidak. Jadi kalau dinasihatkan jangan pergi haji, maka bersabarlah dahulu.
 
Biasanya pihak berkuasa haji, mereka ada panduan kesihatan sama ada layak untuk pergi haji atau tidak.
 


Soalan 34 :
 
Antara kahwin dan haji, mana dulu? Belanja haji sekarang pun lebih daripada sepuluh ribu ringgit. Nikah kahwin termasuk belanja hantaran, maskahwin, kenduri dan sebagainya pun tidak kurang daripada sepuluh ribu. Mana dulu yang lebih afdal?
 
 Jawapan :
 
Seeloknya tengoklah keperluan dahulu. Kalau rasa sudah wajib untuk kahwin takut terjerumus dalam maksiat eloklah kahwin dulu, tetapi jika dia dapat mengawal nafsunya wajib mendahulukan ibadah haji daripada perkahwinan.
 


Soalan 35 :

Seorang bapa sudah cukup duit hendak pergi haji. Anak pula mengamuk hendak menikah. Kalau pergi haji, anak tidak cukup duit untuk menikah. Macam mana?

Jawapan :

Namun jika bapa masih lagi sihat dan boleh menangguhkan pemergian haji untuk membantu anak supaya berkahwin bagi mengelakkannya terlibat dalam perbuatan haram, eloklah bapa berkorban dulu. Tidak mengapa kalau lambat haji kerana maksiat zina banyak berlaku dalam suasana sekarang.
 
Sebenarnya perkahwinan anak bukanlah termasuk dalam tanggungjawab bapa.
 



Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...