Monday, May 20, 2013

Soal Jawab HAJI (Soalan 28, 29 & 30)

BAB 4 - SYARAT-SYARAT WAJIB HAJI

Soalan 28 :

Bagaimana pula kalau kanak-kanak itu baligh ketika haji. Adakah hajinya itu menjadi haji sunat atau haji fardu?

Jawapan :

Mengikut pendapat mazhab Syafi'i, jika kanak-kanak itu baligh sebelum wuquf di Padang Arafah atau ketika wuquf di Arafah, maka hajinya dikira haji wajib. Jadi tidaklah wajib lagi haji kepadanya selepas itu.



Soalan 29 :

Pihak majikan telah memberikan tawaran pinjaman kepada saya untuk mengerjakan haji disebabkan prestasi kerja yang sangat baik. Apakah hukum berhutang dengan majikan untuk pergi haji?

Jawapan :

Harus hukumnya. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya ialah seseorang itu mengumpulkan wangnya sendiri kerana haji hanya difardukan ke atas orang yang berkemampuan.

Orang yang tidak mempunyai wang yang cukup terkeluar daripada kategori yang mampu.



Soalan 30 :

Duit seorang lelaki sebagai suami untuk haji sudah cukup tetapi setakat seorang diri sahaja. Hendak bawa isteri tidak mampu.

Jawapan :

Dalam kes duit simpanan suami sudah cukup tetapi isteri belum, apalah salahnya jika ditangguhkan sementara waktu. Eloknya pergi bersama.



Sumber : Soal Jawab remeh-temeh tentang HAJI tapi anda malu bertanya ...
(oleh Zahazan Mohamad dan Mohammad Nidzam Abd. Kadir).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...